Ada satu masa tu aku tengah tidur dalam bilik. Ke kat ruang tamu? Aku pun tak berapa nak ingat. Masa tu Mama main agah-agah dengan dia. Tiba-tiba aku dengar dia gelak besar. Eksaited punya pasal, aku paksa diri aku bangkit masa tu semata-mata nak tengok Mama buat apa sampai dia gelak besar. Jeles aku. Aku nak bagi dia gelak besar juga. Bangun-bangun tidur aku senyum sebab gelak dia je. Ingat senang ke baru bangun tidur nak senyum.
Aku dapat rasakan budak kecik ni minat sama muzik. Sama macam ayah dia. Aku mula rasa benda ni waktu balik Bentong. Eh, ke Raub. Argghh!! Tak ingat lagi. Yang pasti masa tu dalam kereta ke Pahang dan aku diberi amanat untuk jaga dia dekat seat belakang. Mama suruh aku dodoikan dia. Sambil dodoikan dia, aku layan mp3 sekali sebab lagu dekat Pahang fm main keroncong. Silap-silap aku boleh kena dodoi sekali. Aku dodoi, aku tepuk-tepuk badan dia. Sambil tepuk-tepuk aku layan menyanyi lagu yang tengah main dalam mp3 aku tu secara merdu dan perlahan. Sekejap je dia tidur.
Ada satu petang tu, kes beza, aku buat cara sama. Mama tak balik daripada opis lagi petang tu, abang Jupp pulak nak kena pergi jemput Kak Siti dekat Equine. Amanat jaga budak kecik ni diberikan sekali lagi ke aku. Masa tu aku dah mula risau. Aku mana reti nak susukan budak ni. Nak bancuh susu pun fail. Abang Jupp cakap tepuk je dia bagi dia tidur. Bubuh dekat buai kasi dia high sikit. Aku pun turut perintah. Aku tarik buai kasi rapat bawah kipas untuk kesejukan dan keselesaan. Aku mula buai. Pehh. Layan. Tapi payah juga dia ni nak tidur. Bulat mata dia segar. Lalu aku bagi cara klasik nak tidur kan budak. Aku bernasyid sikit secara merdu dan perlahan sambil-sambil buai. Dia pengsan.
Sah minat muzik.
Banyak lagi cerita dia boleh aku cerita kan. Tapi aku rasa cukup la cerita ni sahaja. Sebab aku tak sanggup nak bercerita panjang.
Kawan-kawan suruh aku kuat. Tapi aku tau aku tak kuat sebab baru tulis dua tiga cerita pun aku dah sebak. Air mata bergenang. Silap-silap menangis aku depan kompiter.
Pagi semalam waktu abang Aan suruh aku balik, dia ada cerita kat aku pasal 'tak ada harapan'. Aku refuse untuk percaya benda tu. Walaupun aku memang sedar akan hakikat nya. Sambil potong-potong modelling board aku mula sebak. Tambah pula tiba-tiba dapat mesej daripada Ayah dia yang bagitau tekanan darah dia semakin rendah. Masa tu aku burst. Aku keluar studio menangis-nangis bergegas ke tandas, berwuduk, aku solat hajat dalam studio. Selesai solat hajat, aku bergerak ke Hospital Serdang.
Masa dekat studio tu, Ika dengan Fresh ada. Maka diorang dah aware dengan benda ni. Masa aku dekat hospital, aku dapat mesej daripada member-member bertanyakan keadaan dia. Aku bagitau dalam ICU sahaja. Aku tak bagitau diorang pasal kenyataan 'tak ada harapan' tu. Sebab aku percaya, we must not lose hope.
Tapi apakan daya, tuhan lebih menyayangi dia. Pukul 2 lebih dalam wad ICU, aku nampak dia tak bergerak. Layu je badan dia. Pucat sejuk. Aku dengan abang Aan menangis sambil peluk ayah dia. Pilu sangat masa tu. Susah untuk kami bertenang.
Muhammad Ilman Danish nama dia. 7 bulan usia dia. Belum sempat merangkak. Belum sempat bermain-main atau berkelahi dengan abang dia. Belum sempat panggil aku Uncle. Yang hanya dia sempat adalah singgah sebentar di dunia ni. Bertemu ibu dan ayahnya. Membuat kami tersenyum. Membuat kami gembira. Merasakan satu kesempurnaan dalam keluarga kami. Buat seketika.
Kepada sesiapa yang membaca post ini, doakan lah kesejahteraan anak buah aku yang dengan izin Allah sedang berada di syurga Allah. Doakan juga kesejahteraan abang aku dan juga kakak ipar aku agar di syurga nanti bertemu lah mereka bersama adik Danish semula. Amin.
Uncle akan sentiasa rindukan kau senyum.
nota-magnet-refrigerator : minta maaf kepada semua kerana lambat inform.
aku yg baca pon sedih..apatah lagi yg menulis..Allah lebih sayangkan dia..takziah zakba and family
BalasPadamTakziah diucapkan dari kami sekeluarga..
BalasPadamIt's all in Allah's plan. Redha kay uncle Jack.
BalasPadamAssalamualaikum. Aba, ni syahirah, dekyah. Cousin kau la, kalau kau ingat lagi. Salam takziah dari aku. Walaupun aku tak pernah jumpa dia tapi aku sedih. Yela, sedara kan. Sampaikan salam aku kat keluarga kau.
BalasPadamtakziah jack.
BalasPadamMay Allah grant the parents and family and the uncle Jannah. Ameen.. be strong bro. =)
BalasPadam-Aleng
terima kasih semua :')
BalasPadamassalam.maaf mencoret disini. kita tak saling mengenal, tapi,takdir. terserempak dengan tulisan awak kat sini. Allahurabbi.innalillah. semoga Allah kirimkan kekuatan dan ketabahan untuk awak sekeluarga. maaf, saya tak berada kat tempat awak, tapi inshaAllah. doa untuk si cilik kecintaan Allah, moga bertemu ummi dan abinya di jannah nnti. dan untuk awak uncle,be strong.Allah tahu awak sedih, dan Allah juga tahu awak mampu untuk kuat. Allah knows . Allah knows. keep strong bro:)) amin
BalasPadamterima kasih Syahira Aura. minta maaf lambat reply.
Padam