26 April 2015

Media So-sial

Bila dunia makin melangkah ke depan, sedikit-sedikit benda yang kita biasa gunakan menjadi benda-benda yang sentimental.

Seperti contoh, telefon rumah telah digantikan dengan telefon bimbit, surat khabar digantikan dengan berita online, kamera kodak digantikan dengan kamera digital, kasut bola kain digantikan dengan kasut bola Puma bermacam warna, ahli politik cendekiawan digantikan dengan ahli politik medioker dan macam-macam gantian termasuklah gentian fiber optik.

Maka bila semua ini digantikan, kita akan pandang kebelakang dan merasa sayu, dramatik, melankoli, insomnia, sebu perut, terkenang-kenang sambil mempersoalkan, kenapa.

Orang kata ini semua adalah improvement. Dengan improvement maka hilang lah sentimen tradisional dalam setiap entiti yang ditambah baik itu. Sebab tu lah kenapa.

Dan juga, kenapa aku jarang hapdet blog sejak kebelakangan ni? Atau lebih tepat, kenapa setahun hanya lah sekali?

Sebab banyak betul penambah baikan dalam sosial media sekarang ni. Celaka punya twitter.


06 Disember 2014

Polis Bantuan All Out

"Nak pergi makan mana Jack? Naik kereta aku la," kata Faiez.

"Tak apa kot. Aku naik motor je. Senang. Boleh main selit-selit. Seksyen 7 tu dah la penuh dengan orang gila," jawab aku.

Masa tu malam. Aku nak keluar makan. Tapi tekak tak membuat kan aku untuk memilih nasi. Malam tu aku rasa tekak aku jadi Italian. Tapi aku tetap buntu nak cari apa kat luar sana. Muak dah dengan makanan tak kena harga ni.

Aku tau Faiez tekak Melayu. Memang tak kira masa nasi juga pilihan dia. Sarapan nasi. Tengah hari nasi. Malam nasi. Masa layan bola, nasi. Masa tak layan bola, nasi. Masa telipon awek, nasi. Pendek kata, nasi ni dah macam adik-beradik dia la. Kat mana-mana pun terbayang nasi.

Aku tau kalau aku ajak Faiez berpaling tadah dalam selera makanan ni mesti dia tolak punya. Setia betul dia pada nasi. Maka aku buat keputusan kitorang makan sendiri-diri je malam tu. Bawak haluan masing-masing secara aman dan sifar konflik.

Disebabkan makan sendiri-sendiri, keputusan pilih makanan tak jadi rumit. Tak ada percanggahan idea dan tak ada persaingan. Aku pun buat keputusan drastik untuk pergi Pizza Hut dengan bermedium kan motor LC135 Anin. Mudah selit dan berkuasa enjin yang tinggi. Aku capai beg silang orang asli amerika, tempat aku muat kan dua telefon bimbit serta beg dompet. MS88 putih Anin aku pinjam dan terus ke parkir motor. Aku panas kan enjin motor kasi timing sedap. Kalau tidak gear 4 pun enjin boleh mati. Setelah aku rasa motor Anin sedap bernafas, aku tendang gear 1 dan pulas minyak perlahan-lahan. Semput-semput sedikit. Macam tuan dia.

Dalam perjalanan ke Seksyen 7, aku jangkakan lalu lintas padat dengan orang yang nak berkunjung ke I-City. Tapi, aku silap. Perjalanan aku sedikit tenang dan kurang tekanan. Mungkin malam masih muda lagi masa tu. Mudah dan selamat aku tiba di perkarangan parkir Pizza Hut Seksyen 7. Aku turun motor dan terus tanggalkan helmet. Aku betul-betul kan rambut dengan menggunakan cermin sisi lalu aku terus rehat kan helmet di antara seat dan bakul. Aku masuk ke Pizza Hut.

Setelah 20 minit berlalu secara kekok, makanan aku siap dibungkus. Aku teruja sedikit tanpa reaksi. Malu dekat sekumpulan awek yang sedang menunggu di depan aku. Aku capai bungkusan lalu beredar dari Pizza Hut. Aku tendang penghidup enjin motor. Berderum manis bunyi motor Anin. Macam tuan dia. Aku masuk kan gear satu lalu buat willy selama 2 saat. Terdengar sekumpulan awek tadi bersorak-sorak, kagum dengan aksi aku.

Perjalanan pulang aku agak berliku. Kereta mulai banyak di depan pintu masuk UiTM. Aku syak polis bantuan buat sekatan sebab kereta bergerak perlahan. Setiba aku di hujung lampu isyarat, sangkaan aku benar. Apa yang aku tak sangka kan ialah, sekatan tu tahan semua motor. Ah, celaka. Time-time ni pulak dia nak main tahan-tahan. Aku dah la tak ada lesen motor. Aku terus buat pusingan U dan mencuba nasib untuk masuk melalui pintu kedua di hujung jalan keluar ke lebuhraya persekutuan. Aku mendengus nafas kecewa. Pintu kedua dah tutup. Nampaknya polis bantuan tak kasi can kali ni.

Aku mengambil lencongan keluar ke lebuhraya persekutuan dan terus mengambil laluan motosikal. Sepanjang perjalanan aku risau kalau-kalau ada sekatan dekat laluan tu. Lagi gila kalau aku kena tempuh. Kat luar kira polis betul. Susah nak raih simpati. Tapi, mungkin tuhan nak bantu aku. Tak ada apa-apa ujian yang kuat aku terima sepanjang lebuhraya tu. Termasuk lah ujian paku masuk tayar. Aku tutup visor kasi tepis angin.

Aku ambil susur keluar ke seksyen 2. Idea aku adalah untuk cuba nasib yang kedua iaitu masuk melalui pintu seksyen 2. Persiapan awal aku hanyalah berharap tak ada sekatan di pintu masuk tu. Sekali lagi aku mendengus kencang. Polis bantuan memang all out malam tu. Aku tak jadi ambik simpang kiri untuk masuk ke UiTM. Aku terus kan perjalanan menuju semula ke Seksyen 7.

Dalam perjalanan ke Seksyen 7, aku dapati tangki minyak motor dah turun separuh. Banyak juga minyak yang aku makan demi melarikan diri daripada sekatan polis bantuan. Aku singgah Stesen Petronas dekat UniSel berhadapan tasik. Aku buat bayaran sebanyak RM3 untuk isi semula minyak yang aku dah guna kan.

Semasa motor Anin sedang asyik minum minyak, aku dalam dilema. Sama ada untuk tempuh sekatan polis bantuan, atau pun buang masa dekat Pusat Komersial Seksyen 7. Menggunakan pengalaman dan buah fikiran, aku membuat keputusan untuk buang masa dahulu di Pusat Komersial. Aku hidupkan motor setelah minyak habis diisi dan terus bergerak laju ke Seksyen 7.

Seperti rusa masuk kampung aku berlegar-legar di Pusat Komersial. Nak cari siapa aku pun tak tau. Kawan semua dah habis belajar. Tiada tempat untuk aku menumpang malam tu. Di situ lah aku rasa kan yang aku dah buat keputusan yang tak matang dan tak berwawasan. Aku berhenti motor kat tepi untuk menimbal balik keputusan yang aku pilih. Sekarang, hanya ada satu tindakan yang boleh aku kira antara wajar dan tak wajar untuk aku lakukan. Aku mesti tempuh sekatan.

Setelah penat berpusing secubit kawasan Shah Alam malam tu, aku bergerak semula ke lampu isyarat pintu masuk UiTM. Dengan rasa berani, aku cuba atur ayat untuk melepaskan diri sekiranya aku bakal disaman akibat tidak memiliki lesen motor. Lampu isyarat bertukar hijau, aku membelok ke kanan secara perlahan.

Setibanya di hadapan pintu masuk, seorang brader polis menghayun-hayun kan tangan ke kanan. Tanda bahasa untuk berhenti di tepi. Jantung aku mula berdegup laju. Tapi aku cuba berlaku tenang.

"Kad Matrik! Kad Matrik! Keluar kan kad matrik!" jerit brader polis bantuan sambil membentukkan tangan seakan-akan memegang sekeping kad.

Aku karate meter motor Anin sepam.

Aku hulurkan kad matrik kepada brader polis dan dikembalikan pada aku balik.

"Jalan..." kata brader polis.

Aku pulas minyak dengan laju lalu buat willy selama 3 saat.

25 Januari 2014

Pipah, Aku dan Yamaha Raider S.

Sesampai aku di perkarangan taman wedding Pipah, aku tercari-cari tempat duduk. Ramai betul orang datang ke garden wedding macam ni. Boleh kaya Taman Botani Putrajaya untuk hari tu kalau dibuat parking berbayar. Tapi aku yakin ramai akan protes sebab yang berkunjung hanya untuk menyaksikan majlis persandingan Pipah.

Aku ternampak Mus sama rakan-rakan sedarjah. Aku melabuhkan punggung aku di meja yang sama sambil tercari-cari kaunter makanan. Berdasarkan pinggan yang hanya tinggal sisa-sisa tulang ayam di depan Mus, aku berteori yang Mus baru sahaja habis makan. Aku bertambah yakin bila aku tengok tiada seekor lalat pun yang sempat singgah ke sisa-sisa itu. Lekas aku ke kaunter makanan sebab perut sudah berirama post-keroncong.

Sambil makan aku perhati Pipah dari jauh. Terkenang sejarah aku dengan Pipah dulu. Tapi sedikit pun aku tidak rasa menyesal. Malah aku rasa gembira untuk dia sebab bertemu dengan jejaka yang dia idamkan. Seorang lelaki yang gentleman dan segak. Beruniform sebagai kerjaya. Matang dan berjaya. Mana perempuan yang tak kan tergoda dengan sifat lelaki seperti itu. Aku sambung meratah dory fish masak lemon.

Aku masih perhatikan Pipah. Aku berharap agar dia sedar akan kehadiran aku. Supaya tidak lah rasa terkilan dan menuduh aku tidak hadir ke majlis nya. Sewaktu dia masih menjamu selera di high-table, dia tertoleh ke arah aku. Aku nampak dia tersenyum. Aku pasti senyuman itu dilontarkan kepada aku. Aku membalas dengan senyuman yang nipis. Lalu aku mengangkat gelas aku tertuju ke arah nya sambil mengangguk sedikit. Tanda isyarat kudos aku untuk dia. Dia pun membalas dengan sedikit anggukan dan senyuman nipis.

Sebaik sahaja habis makan, aku bangkit. Aku nak mengelak satu scene awkward jika terpaksa berhadapan dengan Pipah. Memang aku play safe. Aku terpaksa beredar.

Aku terus mengenakan jacket kulit kangaroo berlambangkan sayap helang di belakang yang aku sidaikan di kerusi sesampai tadi. Aku beredar tanpa toleh ke belakang. Aku ke arah kawasan parking untuk mendapatkan motor aku. Aku hidupkan enjin chopper Yamaha Raider S aku. Ekzos nya bising sedikit. Mungkin menarik perhatian pengunjung-pengunjung majlis itu. Aku pulaskan pendikit dan meninggalkan perkarangan Taman Botani.

Aku ride menuju ke sunset sambil mendoakan kebahagiaan Pipah. Semoga kekal hingga akhir hayat.