11 Disember 2012

Kenapa Kaum Ibu Keluar Parking Lambat (reedited) by Rokiah Ronggeng


Pagi tadi aku pergi Big Bad Wolf dengan safiya sementara encik hubs jaga kembar dekat rumah. Nama je rumah dekat dengan Mines tapi memang itu bukanlah tempat shopping pilihan. Boleh kira kot berapa kali aku pergi sana. Anyways, aku pergi sana dan park kereta dekat Mines. Al maklumlah, dah pun diterangkan aku jarang gila pergi sana, so terlepaslah simpang nak masuk parking kat Mines exhibition centre tu. Maka bermulah episode berjalan dua beranak dari Mines ke exhibition centre tu.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal BBW tapi aku nak terangkan kenapa seorang ibu keluar parking lambat. Setelah bershopping dua plastik beg buku, dengan handbag besar aku yang dah macam beg Doraemon tu (susu ada, pampers ada, baju sepersalinan ada, toys pun ada). Dengan belon Safiya buat rasuah dia duduk diam sementara Mama dia shopping, maka dengan terkedek-kedek kami berjalan ke arah kereta. Aku perasan ada sebuah kereta duk mengikut aku dari belakang. Disebabkan parking kat Mines ni sangatlah pack, maka aku taulah si drebar kereta ni nak ambik spot aku. Bukan nak ngorat aku hehe.

Bila dah sampai kat kereta, aku masukkan semua barang kat seat belakang. Lepas tu dudukkan Safiya dekat booster dia dan aku strap in kan tali pinggang keledar dekat dia. Bila baca tak sampai seminit kan? Tapi sebenarnya di tempat kejadian umpama berperang nak buat semua ni. Contoh,

"Safiya duduk..."
"Nanak!!"
"Duduklah Safiya, kita nak balik kan?"
"Uh, nanak!!!!!!!!!!"
"Safiya, kang Mama babab karang... duduk!"
"Nanak..!!!!"

So begitulah lebih kurang di tempat kejadian.

Bila dah selesai drama episod pertama tu, aku pun masuklah kat tempat duduk aku. Cari tiket parking kereta. Kalau dulu masa zaman anak dara. aku dah siap-siap letak tiket parking kereta kat celah handbag sebab nanti senang nak ambik. Tapi bila dah ada anak ni, masa bukak wallet nak bayar tiket, nun dia dah lari main sliding door. So bila dah bayar parking, tiket tu letak kat mana-mana yang kau boleh letak sebab anak kau dah berlari masuk balik shopping complex sambil terguling-guling kat tengah-tengah dunia sebab tak nak balik. (Sebab tu aku suka the curve sebab bayar parking tak payah guna autopay.)

Maka aku pun sibuklah mencari tiket parking yang aku sendiri tak ingat letak dekat mana selepas kekalutan tadi. Kereta yang ikut aku tadi dah mula fedup. Confirm dah menyumpah-nyumpah aku. Bila aku jumpa tiket parking, aku kena letak handphone dekat holdernya pulak pastu pasang video Pororo ke, High Five ke, Wordworld ke. Kalau tak pasang, nanti Safiya akan jadi tolong bawak kereta sekali. Aduh! Tu dah masuk cerita lain.

So drama episod kedua tu, kadang-kadang ada scene tambahan macam tetiba Safiya ambik tiket parking tu pastu pegang kuat-kuat tak bagi kau ambik. Bila kau dah ambik, dia akan menangis melalak macam there's no tomorrow. Scene tambahan lain macam kau kena buat susu pulak sebab susu dia habis atau dia nak duduk sekali dengan kau dekat driver's seat, seboleh-boleh taknak duduk kat kerusi sebelah. Jadi kau kena pujuk dia dulu. (So tu makan tahun jugaklah nak pujuk.)

Kereta kat belakang dah fedup, siap dah highbeam kat aku. Lagilah aku stress. Jadi wahai orang lelaki yang tak faham bahasa (selalu yang tak sabar bab parking ni orang lelaki), aku ada banyak sebab kenapa aku keluar parking kereta lambat. Aku pun tak hinginlah nak duduk parking lama-lama. Itu pun kira okey aku tak bawak stroller dengan adik-adik Safiya. Kalau tak lagi lama tahu?

So lepas ni kalau nak ambik parking kereta, kalau orang tu bawak anak, janganlah kau nak highbeam-highbeam suruh cepat. Silap-silap orang tu lagi buat lambat-lambat.

nota-magnet-refrigerator : Rokiah Ronggeng ni cousin aku. Bukan nama sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan