05 November 2012

Injured Lidah

Aku tengah sakit. Lidah aku terutamanya. Selain musim mengawan, musim-musim hujan ni memang musim sakit sebenarnya. Tapi sakit lidah ni benda baru. Melainkan musim semua orang tergigit lidah. Mungkin masa tu semua orang sakit lidah.

Pernah sakit lidah? Jangan cerita ulcer. Ni lain daripada ulcer. Ulcer tu kalau nak bagi hilang, cukup kumur air garam sahaja. Tak pun makan keropok sebab keropok sendiri dah ada garam. Ni kumur listerine pun belum tentu hilang rasanya.

Aku semalam tak makan nasi langsung. Pedih tahu sakit lidah ni? Makan benda tak pedas tiba-tiba boleh jadi pedas. Makan gula-gula pun rasa pedas. Apatah lagi kalau makan asam pedas atau tergigit lada. Maka semalam aku jadi tak keruan angkara lidah buat hal dan aku tak mendapat nasi.

Apa petua nak bagi sembuh lidah sakit ni? Ada kena telan lidah buaya ke? Tolong la. Aku nak makan nasi ni woi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan