26 Jun 2012

Sumber Inspirasi

Dalam menulis, seorang memerlukan inspirasi untuk menghasilkan satu penulisan yang sedap. Tidak kira makhluk berhidup mahu pun objek statik. Kadang-kala sebiji tetikus atau pun seekor armadillo pun boleh jadi inspirasi untuk menghasilkan satu nukilan yang power.

Untuk aku, kadang-kadang bila aku terbaca hasil tulisan blogger yang aku gemar, tiba-tiba je aku boleh jadi rajin nak menulis. Pipiyapong, Dila Raden, Sinaganaga, Mael, dan ramai lagi. Diorang ni lah sumber inspirasi aku untuk menulis. Mak aku pun sumber inspirasi juga. Tapi dalam ke hal lain la.  Tidak la dalam menulis.

Dan jangan ingat aku pernah ambik awek yang aku minat jadi sumber inspirasi untuk menulis. Aku menulis secara ikhlas. Dan aku masih berjiwa post-punk untuk mengambil perempuan sebagai sumber inspirasi. Tunggu la aku dah matang nanti, boleh jadi aku buat satu lagu untuk isteri aku. Kehkehkeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan