Bila aku turn off desktop, aku akan tutup suis plug sekali untuk mengelakkan pembaziran elektrik. Bila suis plug ni pun ditutup, timer desktop aku akan mati sekali akibat tak cukup penjanaan kuasa. Maka masa juga akan terhenti dekat waktu aku turn off desktop.
Aku baru balik daripada tengok bola. Dah dah, jangan nak bersorak sangat. Game bosan. Aku tak marah Portugal kalah walhal aku menyokong Jerman tahun ni.
Ok, jap. Aku baru balik daripada tengok bola. Sesampai di rumah, aku terus turn on desktop untuk menyambung buat assignment tanpa mempedulikan suis kipas dan lampu. Sementara kompiter aku tengah loading, aku salin seluar bola nak bagi selesa buat kerja. Tak kan nak pakai seluar keras buat kerja menaip. Ok jap lagi sekali, nak pergi bukak kipas. Panas pulak rasanya.
Disebabkan aku tau assignment tak berapa nak siap lagi, dan EURO telah mencuri masa tambahan selama 45 minit lebih kurang termasuk penalti, timing aku dah lari. Mungkin aku tak tidur untuk hari ni.
Sesudah desktop aku habis loading dan Kapersky menunjukkan tanda-tanda lampu hijau untuk terus menggunakan kompiter ni, aku terjeling ke waktu desktop aku. Pukul 2 pagi!
Untuk seketika aku rasa tenang kerana berasa awal lagi. Seketika je la. Lepas tu aku teringat balik yang sekarang dah pukul 6. Gelisah datang balik.
Ok. Point aku sekarang, aku nak cakap aku ni retard.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan