07 April 2012

Kata Aku : Versi Simbahan Busuk

Sementara bau masih ada, aku nak bagi sepatah dua kata.

Amacam? Seronok kena simbah? Aku tak seronok. Sebab air busuk. Aku pantang orang main benda-benda busuk ni. Stokin busuk, baju busuk, tong sampah berulat, najis berat, durian, efek makan petai serta bau ekzos bas Kinta dekat Perak tu. Aku tak boleh kena busuk-busuk ni. Mesti ada rasa nak muntah. Tapi disebabkan perut aku power, dia mampu hold acid sulfrik aku. Maka aku masih berdiri semalam dan tak membongkok kerana muntah.

Aku tak seronok kena simbah, yang aku seronok sebenarnya bila aku tengok kita ramai-ramai ada dekat satu majlis nostalgic. Majlis penerimaan. Bukan lah aku nak cakap yang sebelum ni diorang tak menerima kita. Mungkin segelintir masih berperasaan dendam atau pun berjiwa memberontak juga seperti kita yang tak mampu nak menerima kehadiran kita dalam society diorang. Tapi dengan adanya usaha dan semangat juang, kita dapat buktikan kat diorang yang kita bukan nya seperti apa yang diorang sangkakan.

Dengan itu aku nak ucap tahniah kepada studio mates aku kerana menjadi kuat. Korang tak pernah lost faith. Sebab tu kita berdiri sama kuat malam taaruf hari tu. Dan malam tu sepatutnya kita belajar betul-betul. Apa yang Zul cakap tu sebenarnya the whole point induction diadakan. Aku juga pernah quote dulu kepada segelintir yang sebenarnya unity tu hanya akan wujud bila kita berada dalam keadaan yang sangat susah. Dan sedar lah bahawa malam kita berangklung tu sudah menunjukkan kita memang ada unity. Kita dalam keadaan susah payah untuk satu tahun dan dalam beberapa malam, kita capai unite.

Untuk itu, aku harap unity itu akan berkekalan sampai bila-bila. Jangan sebab kita pergi malam tu untuk bagi cukup syarat sahaja. Kalau macam tu sia-sia kena simbah air busuk. Biar malam tu betul-betul ikat kita sampai kita habis nanti. Perjalanan masih jauh kawan-kawan.

Unity is strength.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan