29 Mac 2012

Benda Yang Sepatutnya Dah Lama Aku Buat

Aku hampir terlupa untuk menulis lepas bangun tidur. Mungkin sebab lepas tidur tadi aku dah lupakan aku tengah dalam gundah-gulana.

Ni semua salah Ciko sebab bangkitkan satu hal yang membuatkan aku banyak berfikir. Dia buat aku jadi tersedar satu benda yang sepatutnya dah lama aku buat dulu. Tapi sekarang aku rasa macam dah lambat sangat.

Kalau aku buat benda yang sepatutnya dah lama aku buat dulu tu sekarang, aku rasa chickas tu mesti freak out. Lantas tak mahu berkawan dengan aku lagi dan menjadi satu benda yang boleh lah kita gelarkan 'socially awkward'. Aku tak nak benda tu.

Biarlah benda ni terjadi dengan sendiri. Prediksyen aku la. Kalau aku rasa masa dia dah sesuai, aku buat la benda yang sepatutnya dah lama aku buat dulu tu. Tak kira la masa tu aku macam dah tak ada can pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan