10 April 2012

Shaky Hands Craving for Teh Tarik

Otak kata mengantuk. Hati kata jangan tidur dulu. Jari aku bergerak-gerak lagi menaip keyboard.

Aku sepatutnya kena tidur dah sekarang ni memandangkan semalam tak tidur langsung. Memang kebiasaannya untuk hari Isnin, aku tak akan tidur malam nya tu. Akibat daripada buat kerja last minute. Usah cerita aku, orang lain pun macam tu juga. Cuma orang lain mungkin dapat tidur. Orang macam aku jangan disorongkan bantal la. Bantal sutera yang paling selesa pun tak mampu nak tewaskan aku bila kena siapkan projek.

Jadi apa fluffy cat nya aku buat kat sini lagi. Aku harus tidur sekarang ni. Ok. Ok. Aku pergi tidur. Tapi Fikri ajak minum. Ayza's Corner dulu sepukul lepas tu tidur.

Scene lepak tengah malam mana boleh tolak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan