10 Februari 2012

Kemerosotan Produktiviti

Lama juga aku tak menjenguk blog. Sekali post, aku tinggal kan layan Dragon Ball. Sekali post, aku lupa yang aku ada blog. Blog orang lain pun aku jadi tak baca. Demikian lah seterusnya sampai aku turn out jadi macam orang yang tak bertanggungjawab dan makan duit rakyat.

Mungkin aku kena selalu fikirkan pasal blog ni kalau nak giat berblogging. Asal ada benda yang aku fikirkan, aku kena tabur dekat sini. Kalau masa tu aku tengah fikir pasal kumbang terbang. Aku kena tulis pasal kumbang terbang. Kalau masa tu aku tengah nak jawab soalan 1 Million Money Drop. Aku kena jawab sini. Baru la blog ni penuh dengan nukilan.

Buat masa sekarang ni jiwa aku jadi pasif sebab nya cuti. Dah jadi pemalas, pemakan, pemain, dengan penggelak ketawa. Untuk berusaha keras dalam aktiviti berfaedah menyimpang jauh sekali. Muska pun kadang-kadang naik jelik tengok aku yang asyik tidur tak kena masa. Asal dia nak ajak jogging, masa tu aku tengah tidur. Ataupun aku tak tidur lagi. Ataupun buat-buat tidur. Kalau kena masa dia, baru aku akan jawab pesanan beliau dengan kata setuju atau pun tangguh beberapa minit sebab ralit melayan internet. Jijik bukan?

Lebih elok kalau aku kerja saja cuti-cuti macam ni. Tapi dah aku cuba tanya pengurus Nandos tu yang sudi ke tidak beliau nak terima aku kerja dengan tempoh sebulan sahaja. "Sebulan je Jack, kalau kau banyak makan kentang goreng tu pun abang rasa macam banyak lagi dalam peti," prediksyen aku ayat yang bermain dalam minda beliau.

Dah tu sudahnya aku dekat rumah, tak aktif bergerak. Rasa macam tarikan graviti kuat betul timpa atas diri aku. Jadi tak rajin.

Kalau aku sibuk nak jadi produktif masa belajar tempoh hari, apa sebab aku boleh jadi tak produktif dinihari. Satu habit yang fatal aku rasa kalau berlanjutan. Silap hari bulan aku boleh dapat penyakit.

Tak boleh jadi, tak boleh jadi. Aku kena giat bergerak cuti-cuti ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan