25 Januari 2012

Bahasa Dah Makin Cantik

Buat sekarang ni aku jadi terperasan yang ramai orang dah mula guna pakai bahasa yang betul bila menulis.

Tak kisah lah tulis kat mana sekali pun, aku tengok ramai juga yang ralit pakai ayat penuh sama pengurangan bahasa pasar. Aku rasa ini adalah antara anjakan paradigma asmaradana untuk orang Melayu.

Aku mengaku dulu aku ada juga guna bahasa pasar atau bahasa short form bila menulis. Pada zaman layan Friendster atau zaman baru belajar pakai sms dulu, mungkin minda aku dijajah dengan ideologi "tulis short form itu stylo". Tapi bila aku dapat lihat sekarang, sebenarnya ideologi tu bangang, tak produktif, buang masa, punca rempit serta merosakkan identiti sendiri.

Mungkin pada masa itu aku belum naik matang dan suka terikut-ikut dengan gaya trend. Tapi kini bila aku cuba menceburi bidang penulisan secara perlahan-lahan, aku dapati bahawa bahasa tak masuk akal itu dah out of trend. Tak ada seni dan masih bangang. Jadi, boleh lah aku kata kat sini, mana-mana insan yang didapati masih menggunakan bahasa bangang tersebut, boleh lah dikira ketinggalan zaman. Tulis sikit-sikit tak apa, tapi kena pastikan yang bahasa ayat penuh ni kerap diguna pakai. Baru la gaya kita ada nampak macam cendekiawan walaupun kadang-kadang banyak perkara bodoh-bodoh alang yang kita buat. Lumba naik tangga misalannya.

Sepatutnya kita berterima kasih kepada orang yang memperjuangkan penggunaan bahasa kita. Lebih-lebih lagi yang aku perasan, kebanyakan blogger. Mungkin kebanyakan nya tidak berniat pun untuk menulis sebegini. Mungkin niat mereka hanya nak bagi nampak cantik dalam blog. Tapi cantik bahasa kita masih nampak dekat situ. Tak kisah lah panjang mana kita kena tulis, bukan kita kena tulis pakai tangan pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan