16 Februari 2012

Internet Power

Tengah-tengah aku syok layan Friends, aku berhenti kejap sebab dah habis satu lagi season. Kena berehat setempoh baru boleh kick start layan season 6. Sementara berehat, aku cuba bukak fesbuk. Sebab naluri berbisik cakap ada perihal yang bagus berlaku dekat fesbuk.

Walaupun aku tahu internet tengah slow, aku berdegil untuk membatalkan hasrat membuka fesbuk. Sebab antara prinsip hidup aku, pantang berundur sebelum bertempur. Jadi aku buka juga walaupun membuka satu page mengambil masa 5 minit.

Tengah-tengah aku buka fesbuk sambil terperasan ada awek post gambar baru, aku tersedar bahawa secara tiba-tiba, internet menjadi laju. Aku menyedari hal ni ketika aku buka 5 tab sekali gus dan aku dapati semua page muncul dengan serentak. Tak perlulah aku nak disconnect broadband lalu connect semula, kerana aku dapati trick itu dah tidak diperlukan lagi. Aku senyum nipis lalu pergi ke tab baru.

Aku tulis blogger.com. Sementara internet tengah power, aku post benda tak berfaedah ni.

Janji blog aku berisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan