26 Disember 2011

Menjaga Anak

Bila aku melayan anak buah aku yang umur dia baru 9 bulan tadi, secara tak langsung aku develop sifat kebapaan dalam diri aku. Hati kecil terusik menyatakan yang aku sebenarnya dah layak nak jadi bapak orang. Tapi aku belum bersedia. Ok. Side jujur dia pulak aku tak ada makwe.

Peduli la pun aku tak ada makwe ke apa.

Bila time anak buah aku ada kat rumah, aku dapat merasakan yang aku ada tanggungjawab untuk jaga dia. Tengok-tengok kan mana tau dia tersepit bawah meja ke. Tercekik batteri ke. Main-main kat wayar tv ke. Jatuh tersembam menyembah jubin lantai ke. Tragedi-tragedi yang berpotensi untuk menyekat dia menjadi pemain bola sepak terkemuka. Tapi jatuh sikit-sikit tu tak apa agaknya. Baru la lelaki.

Maka sebenarnya, balik rumah menjadi waktu penat aku kalau anak buah aku ada. Tapi tu tanggungjawab. Tak boleh kira la nak selesa tengok Melodi. Kena la bagi can kat abang aku yang hari-hari tukar pampers dia layan tidur kejap.

Tapi aku bagi la peluang tu balik kat abang aku bila time tukar pampers. Aku mana ada kemahiran nak tukar-tukar pampers ni.

Jaga anak ni letih sebenarnya. Tapi kau tak boleh nak merungut sebab dia budak lagi. Berak pun bukan dia lari pergi jamban. Bila kau time tua nanti, mungkin anak kau pulak boleh jadi merungut. Untuk mengelakkan karma daripada membalas benda ni, elok lah kalau kita tak fikir pasal leceh, malas, atau sikit pun rasa tak puas hati. Lagi seronok kalau kita tukar rasa-rasa bodoh tu ke rasa kasih dan sayang. Maka karma pun baik je dengan kita nanti.

Amacam cara aku nak jaga anak? Aku dah kat dah yang aku dah layak jadi bapak budak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan