23 Disember 2011

Gila Bayang

Ada satu hari tu aku layan tidur sampai 14 jam. Biasa nya tu 4 jam je. Tapi kali ni aku terlajak lagi 10 jam yang mana aku pick up daripada hari-hari yang aku tak cukup tidur sebelum ni. Kira aku bayar hutang tidur sambil re-cas tenaga. Tapi lepas tu kena marah dengan lekcerer sebab masuk kelas lambat. Antara kesan buruk tidur lama-lama.

Tapi sebenarnya tidur direct 14 jam ni boleh buat gila orang kata. Bila bangun, otak jadi lembab nak berfikir lantas membuat kan kipas processor otak tersangkut-sangkut. Bila dah tersangkut kemungkinan besar boleh terjadinya lintar pintas dalam otak lepas tu jadi gila.

Itu hari aku ada rasa tanda-tanda kecil nak ke arah gila. Aku jadi tak beremosi. Tak ada mood nak gelak. Tak ada selera makan. Ada macam-macam benda yang aku pikir.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang aku boleh pikir, benda gila tu juga yang tiba-tiba aku pikirkan.

Gila ke apa pikir nak cari girlfren. Buang tebiat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan