26 Oktober 2011

Celah

Habis main futsal semalam, gua dengan a few warga '07 cuba pergi ambik scene dekat Canai Cafe, SS15 Subang. Setelah dipersetujui dalam meeting bulatan kecil, maka Sick Bay telah mengambil langkah untuk mengetuai rombongan.

Seperti yang gua jangkakan, SS15 tak kan kurang dengan pengunjung walaupun malam tu merupakan Deepavali Eve. Sebabnya haram bagi orang Islam nak sambut Deepavali. Dan seperti yang gua jangkakan jugak, gua akan nampak kereta yang hebat-hebat belaka dekat situ seperti Fairlady, Subaru, Golf GTi, serta MyVi 1.5.

Maka, rata-rata kutu yang lepak dekat Canai Cafe ni bukan lah seperti yang gua biasa tengok. Dan tak elok lah kalau gua gelarkan diorang kutu. Kutu tak bawak Skyline. Kutu bawak Kelisa Auto je paling kuat. Dan gua jadi awkward sebab datang sana pakai seluar bola dengan jersi Uptown. Tak kaya langsung.

Tapi nasib baik Canai jadi sibuk sampai tak ada orang datang ambik order. Kalau ada nak ambik order pun, tak kan gua nak order roti kosong sekeping. Tak kaya langsung. Malu juga kat awek pakai seluar pendek yang duduk depan gua ni nanti. Lepas tu yang si Canai ni pasang game Manchester United. Pehh. Macam lagi baik kalau tengok Vokal Bukan Sekadar Rupa.

"Blah jom, kita pergi makan kat celah pan***. Mana tau untung-untung boleh dapat tengok game Arsenal. Baru rasa thrilling. Game M.U ni hambar bodoh je" kata Rafiuddin.

Maka kitorang pun blah dari Canai dan menuju ke celah pan***. Tempat rare kat Subang yang mana kutu-kutu biasa macam gua selesa nak buat scene. Situ gua pun tak jadi malu nak order sirap limau gelas besar. Dan gua pun order sirap limau gelas paling besar sama megi goreng telur mata. Tambahan pula kitorang sembang pasal isu-isu semasa. Yang kebanyakan nya daripada fesbuk la tapi.

Tapi sebenarnya hambar juga. Celah pan*** pun pasang game M.U. Celaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan