01 November 2011

Review : ArchiKite 2011

Okay, seingat gua, paling last gua pergi Port Dickson masa zaman gua giat main basikal tayar tiga. Kecik lagi masa tu. Satu benda pun gua tak berapa nak ingat apa gua buat masa kat P.D dulu. Tambah pulak bukan takat P.D je pantai yang gua pergi. California dulu tu ada jugak. Pantai lebih kurang je macam P.D.

Weekend sudah gua cari kenangan balik dekat P.D. Harom satu apa pun gua tak ingat. Yang gua ingat banyak pasir. Celaka. Sampai ke sudah pun banyak pasir. Bila entah nak ada banyak tapak sulaiman. Nak juga gua cuba buat eksperimen binari fusion. Entah wujud ke tak proses ni dekat tapak sulaiman.

Gua pergi P.D bukan saja-saja. Gua pergi sebab ada event ArchiKite. Event yang disediakan khas untuk budak-budak kos gua main layang-layang. Main bukan saja-saja. Ada la sebab musabab dia yang gua susah nak cerita. Tapi event main layang-layang dekat pantai ni tak kan la tak nak pergi bila dah bayar RM15. Betul?

Main layang-layang, main layang-layang juga. Gua dah datang pantai tak kan main layang-layang semata-semata. Ada pulak brader banana bot. Celaka. Pandai juga dia tekel gua naik bot pisang. Walaupun gua takut-takut berani je nak naik. Yang si Tobab pun satu, boleh tekel gua sekali. Gua mana boleh kena ajak buat kerja gila ni. Takut, takut juga. Depan awek tak kan nak duduk diam. Jatuh la populariti gua.

Nasib baik ada life jacket. Gua mana reti berenang.

Event macam ni seronok bila kau tau satu kos dengan kau ramai yang pergi. Gua seronok. Walaupun gua tau yang Isnin hari tu pasti fail design gua. Tapi peduli apa. Dapat fail pun seronok tu dah kalis balik. Kah kah kah. Seronok pulak gua bila fail. Seronok lagi bila kat P.D tu dapat makan barbeque, memekak tengah-tengah malam, main laut, main pasir, main layang-layang. Tak pernah jugak bila gua fikir RM15 boleh cover macam-macam aktiviti. Gila apa murah macam tu. Nak pergi Melaka pun tambang bas RM18.

Apa-apa pun, terima kasih dan tahniah studio Quixotic sebab berjaya buat ramai budak seronok. Walaupun ending dia hujan, tapi ramai yang puas hati sampai kecoh satu fesbuk. Lepas ni giliran studio gua pulak bagi diorang seronok. 2 tahun lagi la tapi nya.

Kau tunggu! Kau tunggu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan