14 Mei 2011

Write To Asah Bakat. Write Anything Yang Macam La Gua Nak Care Sangat.

Ada orang tanya gua - apa sebab gua tulis blog?

Gua tak bagi jawapan direct. Gua cerita sikit dulu kenapa sesetengah orang buat blog.

Sesetengah orang tulis blog sebab diorang nak attention. Kepekaan daripada orang ramai tentang luahan hati diorang di mana blog diorang ni macam diari yang dah tak secret. Orang boleh baca secara free. Maknanya orang boleh tau apa masalah yang diorang tengah hadapi. Tengah putus cinta ke, putus urat kentut ke, putus tali kasut ke, tekanan jiwa ke, tekanan belajar, tekanan angin tayar tak cukup dan sebagainya. Bila semua orang dah tau, dia akan berasa lega sebab orang akan bagi attention dan pupuk semangat untuk dia kembali berdiri serta berhenti mengada-mengada. Maka dapatlah attention di situ di samping boyfren yang baru dan selesailah apa jua masalah yang dihadapi.

Tu satu. Seterusnya kita pergi ke golongan intelek. Golongan macam ni buat blog sebab nak kongsi ilmu atau bagi kesedaran kepada masyarakat yang dah serba kejahilan ni. Yang bagi ilmu, contoh macam blog kereta, diorang bagi tahu pasal part-part kereta yang penting atau pun ajar macam mana nak jaga kereta. Tak pun ajar macam mana nak isi minyak atau tukar tayar kereta. Benda-benda macam tu lah. Gua mana tau sebab gua bukan golongan intelek. Ilmu-ilmu macam ni boleh kita guna pakai dan penting, maka berkongsi lah diorang kepada dunia tentang kemahiran diorang sendiri dalam bidang masing-masing. Tak lupa juga kepada golongan agama yang sering berkongsi tazkirah dalam bentuk blog. Mungkin tak berkesempatan untuk berdakwah secara terus. Mungkin menyebarkan ilmu akhirat di blog sahaja yang diorang mampu. Lebih kurang macam tu lah.

Dua golongan gua dah bagi. Macam gua pulak, gua eksplen macam ni.

Mungkin gua tulis blog sebab gua terlibat dalam golongan penulis mengasah bakat. Mencari nilai seni orang kata. Gua tak konsten tulis benda yang sama macam benda-benda ilmiah atau luahan perasaan. kadang-kadang gua buat cerita. Kadang gua tulis pasal kerja harian gua. Kadang-kadang bila gua rasa nak tulis gua tulis. Kadang-kadang bila gua tulis, gua selitkan sedikit puisi atau pun lirik yang gua buat sendiri. Mungkin lagi sebab tu nama blog gua puisi lirik. Benda yang artistik dan dihargai. Gua tak peduli pun orang nak baca atau tak. Yang penting gua nak hargai segala kerja yang gua dah buat. Benda yang gua rasa gua sahaja yang patut faham. Sebab dengan harapan suatu hari nanti bila gua dah duduk atas wecha, gua baca balik benda yang gua dah mengarut sebelum ni gua akan tersenyum. Harapan.

Maka itu lah eksplenesyen gua kepada orang yang bertanya kenapa gua tulis blog. Pada asal gua ambik peduli juga kepada orang-orang yang tulis blog untuk luahan perasaan, kongsi ilmu, cari duit, cari perhatian. Tapi watahel. Pilihan masing-masing. Buat apa gua nak kondem. Gua bukan god.

Lagi satu habit gua bila tulis blog. Kadang-kadang gua biarkan cerita gua tergantung. Tak tau sebab apa. Seni juga rasanya.

1 ulasan:

  1. rindu pulak aku dengan blogspot aku dulu. rindu dengan owner dia skali... rindu2.

    BalasPadam