10 Mei 2011

Cuti

Gua detect ramai yang dah mula sampai rumah untuk cuti summer. Gua juga detect ramai yang dah mula pasang niat nak buat itu buat ini masa cuti ni kang. Jangan liar sangat sudah lah. Ingat-ingat juga kerja kemas-kemas rumah pun tak siap lagi. Adik-adik pulak siapa nak jaga. Raya dah dekat. Langsir dah tempah?

Gua baru habis packing baju. Habis kosong loker gua. Yang gua tinggalkan cuma poster kalendar UiTM sama sebaris lirik lagu Read My Mind di bahagian lelangit loker untuk tatapan awek awek yang akan mula menghuni Perindu semester hadapan.

Gua packing bukan bermakna gua akan mula join bercuti macam budak-budak lain. Gua packing sebab gua kena halau daripada Perindu ni. Pengetua mula muak nak jaga kitorang agak nya. Selain tu gua sendiri bersama budak-budak studio ada extrakorikular aktiviti untuk pengambilan markah core architecture. Benda-benda ni tak ada kertas periksa. Markah dia ambik kira tengok kerja sepanjang semester. Bermakna gua dengan budak-budak art ni kena balik lambat. Jangan mengada-ngada nak bagi gua jeles dengan yang dah mula bercuti tu. Ingat gua kemaruk sangat nak bercuti?

Apa-apa hal pun, gua nak ucapkan selamat bercuti kepada semua. Pesan gua jangan main panas musim summer macam ni. Panas dia lain macam sekarang. Sampaikan air mandi shower pun boleh jadi heater. Pastu minum air banyak-banyak. Tapi jangan sampai mabuk. Ingat sikit agama tu. Ingat ke mak ayah juga. Happy holidays.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan