18 Mei 2011

Cuti Datang Lagi

Gua tak start cuti lagi sedangkan abang gua dah pun berhenti belajar. Berijazah lah beliau dalam bidang kimia. Budak-budak enjin ni memang power. Kalau dapat habiskan sampai ijazah tu kira power la tu. Tak macam gua masa ambik enjin dulu. Tak sempat nak belajar macam mana nak gegas besi dah kena keluar. Gila tak power langsung.

Reviu akitek gua tak habis lagi ni. Sebab tu gua tak balik cuti lagi. Tapi watahel. Gua tengok diorang ni sampai ada yang dah kat negara Cina bercuti. Seksyen 15 Bangi pun gua tak sampai lagi macam mana nak sampai Cina. Kubur Cina Melaka dulu tu pernah la sampai. Yang masa gua jumpa hantu tu. Menyirap juga gua kat orang-orang yang berlagak waktu cuti ni. Tunggu la 2 3 hari lagi. Kita tengok gua punya lagak bercuti.

Disebabkan henfon gua hilang. Maka banyak nombor penting yang hilang. Disebabkan nombor penting banyak yang tak ada. Maka gua rasa aktiviti agak terbatas nak dilaksanakan cuti-cuti ni. Celaka. Punya la malas gua nak pergi mintak sorang-sorang nombor talipon. Apa kata kalau diorang pulak yang cari gua. Miss call miss call sikit. Tak ada la penat gua nak type type nombor talipon kat henset baru ni. Gua pun ada ego juga.

Argghh. Peduli apa gua pasal nombor talipon. Cuti ni gua nak kerja. Tak jadi cuti juga kalau kerja. Tak ada meaning juga kalau simpan nombor talipon banyak-banyak tapi life dekat kerja. Tapi tak jadi kerja juga kalau nombor talipon manager lama gua tak ada. Argghh. Tekanan juga jadi orang hilang henset ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan