05 Ogos 2010

Off Day Dimanfaatkan Dengan Lawatan Ke Pangsapuri Murni UTeM, Bukit Beruang, Melaka.

Duit lebihan nak buat apa? Bukan boleh bawak masuk kubur. Keputusan gua paling bernas untuk spend the whole off day - buat adventure sendiri ke Melaka. Planning serba ringkas serta tanpa ada second toughts. Memang gua rasa Indiana Jones sendiri pun tak mampu nak buat macam gua.

Bila nak planning buat trip, memang tak perlu pun nak fikir lama-lama. Asalkan ada berus gigi, pitis pergi balik, dan clean underwear, we are set to go. Tak perlu juga nak tonton rancangan yang buat bajet-bajet nak pergi bercuti tu. Buang masa. Macam yang Paul Arden cakap, 'a good idea is an idea that you put to work.' Memang gua cuba adaptasi kan dalam trip gua. Dan idea gua memang ternyata bernas. A++.

Sesi aktiviti tak banyak. Memang tak perlu banyak. Nanti jadual jadi packed. Silap-silap vacation boleh jadi sama penat dengan work. Seperti gua, sesi gua dipenuhkan dengan bermain futsal, lepak-lepak mengeteh, jamming dan peberet terbaru gua bermain teka-teki. Ringkas dan bermanfaat. Selain tu, gua juga dipaksa untuk mengambil rokok free yang ternyata orang yang bagi kat gua tu telah terpedaya King Kong. Gua tak merokok tapi gua mengaku gua hisap Winston filters. Memang cukup bergaya bila ada orang terpedaya.

Sebenarnya yang paling penting sekali bila kita go on vacation, kita dapat jumpa knockheads knockheads yang dah lama kita tak jumpa. Gua punya misi sebenar itu sahaja. Nak catch up semula cerita-cerita old buddies walaupun perkenalan secara terus hanyalah selama 5 bulan selain mamat-mamat Matrikulasi sama sorang budak MCKK yang gua dah kenal 2 tahun. Elok juga gua keluar daripada bandar zombie ni dan melawat saudara-mara gua di sana. Tidak lah gua bertukar menjadi zombie. Siapa pulak yang sudi nak berkawan dengan zombie nanti.

Main point dia kat sini, tak perlu nak planning nak buat apa bila pergi vacation. Asalkan tempat yang ditujui selamat sampai dan disambut meriah. Redah dan tengok sahaja. Baru ada surprise dan dapat juga secuit senyuman. Kadang-kadang, surprise yang kita espek boleh juga menjadi lebih surprising. Who knows? Baru lah betul orang kata hidup dipenuhi dengan spices.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan