03 Ogos 2010

Selamat Datang Ahli Baru

Abang Bob gua secara rasminya dah jadi seorang bapak. Maknanya, secara teori, kakak ipar gua pulak jadi seorang ibu lah. Mama gua? Mendapat posisi grandma yang lebih true.

Yang baru ni, bila dah besar sikit, gua nak bagi cuba test test timbang bola. Agak-agak boleh control, gua nak letak dia main posisi tengah. Muhammad 'Akif jangan risau. Posisi lu sebagai striker masih kukuh. Tapi kalau boleh, gua harap cepat-cepat la bawak berjalan. Umur dah dekat setahun pun pakai walker lagi. Apa cerita? Macam mana nak lari laju nanti. Dana untuk lu orang berdua gua dah mula sediakan. Cukup nanti gua hantar pergi akademi Arsenal jumpa Dennis Bergkamp sebab gua agak masa tu nanti Arsene Wenger dah duduk atas kerusi malas pakai singlet sambil baca majalah Ujang.

Apa apa pun. Tahniah buat Abang Bob sama Kak Yin di atas kurniaan cahaya mata yang pertama. Kepada yang baru datang tu, welcome to the family dude. Lu ada 5 orang uncles yang bersedia untuk looking out for you. Membesar lah dengan sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan