22 Julai 2010

Orang Barat Sebut Adrenalin Rush, Orang Gua Sebut Debaran Memuncak Sampai Terkentut Terkentut.

Adik beradik angkat gua dah ramai-ramai heboh pasal naik main futsal. Ok. Gua mengaku gua punya eksaited pun boleh tahan. Sampai tak keruan gua. Mandi tak basah, tidur tak lena, pensel tak asah, makan tak basuh dan yang paling penting gua asyik kalah lawan Winning Eleven 2010 sama Khai dengan Kuda. Celaka. Boleh la woi, lu orang dah biasa dengan joystik sendiri. Lepas ni gua bawak gua punya kasi ada luck.

Gua mengaku, pada sensitif side gua, ada rasa rindu dekat knockheads knockheads sekalian. Sejak 2003, hingga 2007, membawa kepada hari ni, gua rasa macam masing-masing merupakan orang yang paling dekat dengan gua, selain femili gua ofkos. Komuniti yang paling gua tak rasa kekok untuk bersosial.

Oleh yang demikian, gua memang sangat teruja sekarang memandangkan ramai dah pun menghangatkan fesbuk dengan sesi soal jawab. Kalau boleh hentikan dulu sebab gua takut nanti menjejaskan prestasi kerja gua di Nando's. Boleh hilang fokus juga eksaited eksaited ni, Dan terima kasih juga buat saudara Alif sebab sudi nak jemput gua hari Sabtu nanti lepas gua balik kerja. Main main juga, kerja kena betul-betul untuk mengelakkan pemotongan gaji serta mendapat surat amaran. Siapa nak bayar bil brodben kalau gua dah kena fired.

1 ulasan: