Gua mengaku, pada sensitif side gua, ada rasa rindu dekat knockheads knockheads sekalian. Sejak 2003, hingga 2007, membawa kepada hari ni, gua rasa macam masing-masing merupakan orang yang paling dekat dengan gua, selain femili gua ofkos. Komuniti yang paling gua tak rasa kekok untuk bersosial.
Oleh yang demikian, gua memang sangat teruja sekarang memandangkan ramai dah pun menghangatkan fesbuk dengan sesi soal jawab. Kalau boleh hentikan dulu sebab gua takut nanti menjejaskan prestasi kerja gua di Nando's. Boleh hilang fokus juga eksaited eksaited ni, Dan terima kasih juga buat saudara Alif sebab sudi nak jemput gua hari Sabtu nanti lepas gua balik kerja. Main main juga, kerja kena betul-betul untuk mengelakkan pemotongan gaji serta mendapat surat amaran. Siapa nak bayar bil brodben kalau gua dah kena fired.
bone..ak masih dlm situasi berbelah bahagi..=(
BalasPadam