23 Julai 2010

Jumaat Yang Modest

Saban hari gua menapak mencari rezeki, kadang kala rasa nak give up pun ada. Tapi seperti juga gua sebut sebelum-sebelum ni, kalau gua bertaraf sebiji anggur, gua khuatir brodben tidak juga berbayar nanti. Gua berkeinginan meringankan beban ibu yang tersayang kelak menjadi beban untuk beliau. Gua harus kentang.

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari di mana tetapnya kiamat. Hari di mana orang-orang lelaki dewasa, secara lojik akalnya, sepatutnya berada di Masjid waktu tengah hari tunaikan kewajipan masing-masing. Tapi tengah hari Jumaat tadi tidak juga kedai gua dikerumuni kaum-kaum hawa sahaja. Bahkan yang si jantan Muslim turut tampak tenang tanpa ada sekelumit rasa bersalah di air muka mereka. Malu. Tidak lupa juga kepada si kurang ajar yang tidak tahu rasa hormat apabila bertandang ke kedai gua. Harap muka macam seekor bulldog yang kelaparan ingin mengemam seketul tulang ayam. Akai tak dak.

Membungkus seratus bungkus chips merupakan tugas utama gua hari ni. Berbekalkan tenaga waktu rehat yang hanya sejam (sebelum-sebelum ni 2 jam), gua memaksa diri melakukan tugas seikhlas yang boleh. Tamat tugas gua, gua curi-curi keluar ke tandas bermain game 'Fire Storm' sambil bercangkung. Macam jijik tapi hakikatnya tandas Alamanda cantik, bersih dan permai semenjak ada pekerja baru 2 3 orang. Melayu kalau tak silap. Hari-hari bersih tapi tisu tak pernah sentiasa nak ada. Biasalah orang kita. Tisu suka dibazir-bazirkan tanpa mengira berapa batang balak yang terpaksa ditebang untuk menghasilkan segulung daripadanya. Tak ekofrenli langsung.

Semenjak jam tujuh malam tadi kedai gua dikerumuni penyokong-penyokong setia Nando's dan terbawa-bawa sampai ke jam 9 setengah. Tidak juga nampak seperti nak berakhir setelah wave pertama selesai. Wave kedua dan ketiga datang menyerbu sampai gua juga tak berkesempatan untuk merokok sekiranya gua seorang perokok. Di sebalik kekalutan itu, satu tragedi menimpa sekeluarga yang berseronok menjamu selera sambil menyanyi lagu 'Rasa Sayang Hey'. Tragedi yang menimpa seorang ibu secara tepatnya. Beg tangan beliau dibawa lari dalam keadaan separa sedar. Hanya disedarkan setelah anak kecil beliau yang berumur dalam lingkungan 4 tahun menyebut-nyebut

"Ibu ibu. Beg ibu orang tu ambik..."

Apabila hendak dikejar, suspek ghaib secara mistik. Bak kata saudari Lin, keluarga tersebut kemungkinan telah dipukau. Gua sendiri syak begitu juga. Pukau. Santau tak. Tapi pukau. Santau buat muntah darah. Pukau buat kita hilang kesedaran diri tetapi masih waras. Tapi musykil nya, kenapa tidak kepada adik berumur 4 tahun tadi? Kuasa ALLAH. Takziah buat beliau sekeluarga. Gua doakan perampok tersebut dilekas-lekaskan mendapat pengajaran. Celaka punya manusia bodoh.

Lebih kurang macam tu lah hari-hari Jumaat gua. Tapi Jumaat hari ni gua rasa agak lain berbanding Jumaat Jumaat sebelum ni. Jumaat untuk hari ni gua rasa agak tenang walaupun dalam keadaan sesak dan serabut lagi menyerabutkan tu, tak pernah bercambah rasa tekanan. Mungkin sebab gua dah puas bercuti pada hari sebelumnya. Mungkin. Macam-macam boleh menjadi puncanya. Mungkin juga sebab tu lah Jumaat digelarkan sebagai penghulu segala hari. Satu kemungkinan lagi. Jumaat memang rare.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan