26 Julai 2010

Not Bad, Not Bad At All

Kisah hangat berita gathering bersama-sama ahli batch gua telah pun tamat semalam. Tamat di satu dewan futsal setaraf Sports Planet dan bila dah berada di dalam dewan tu tak kan lah bermain galah panjang pula ye tak? Syabas kepada warga warga yang wujud di Subang semalam.

Anggaran 38 orang jejaka telah datang menyerikan majlis. Jumlah yang sama dipadankan dengan majlis futsal kecil-kecilan dahulu yang diadakan pada awal tahun ini. Nak diikutkan, lebih daripada tu boleh kitorang cecah. Cuma beberapa orang berdukacita kerana tidak dapat hadir bersama untuk catch up berita masing-masing. Urusan yang lebih mustahak harus didahulukan. Namun begitu, kami faham dan tetap tidak melupakan yang lain. Mungkin, akan ada majlis yang seterusnya jika tiada Wall of Berlin mengganggu. Masih akan ada jemputan kepada semua.

Futsal kelmarin cumalah satu aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang daripada membuat kerja yang bukan-bukan seperti shuffling dan memotong blok enjin motor. Tujuan asal adalah hanya untuk berkumpul dan bergaul semula setelah 2 tahun meninggalkan nostalgia di Kuala Kangsar. Terutama sekali untuk mereka yang mentelaah di luar negara dan sedang bercuti pulang ke Malaysia. Sementara masih ada waktu dan peluang, seelok-eloknya digunakan dengan baik. Rindu juga gua kepada mamat katil bersebelahan semasa di tingkatan 5 (sekarang menuntut di Kanada). Semakin empuk badan beliau macam bantal kekabu. Haih, orang Pilah orang Pilah.

Gua sendiri dah lama tak mendengar berita daripada semua. 2 tahun terasa macam baharu 2 hari. 2 hari yang dah boleh mengubah seorang orang kepada seorang raksasa. Cepat juga masa berlalu. Terkejut bila gua dapat tahu yang sipolan ni ceritanya macam ni dan sipolan tu ceritanya macam tu. Macam-macam cerita gua dengar. Cerita mereka. Cerita gua sama sahaja. Seorang pekerja bahagian servis pemakanan yang masih menunggu rezeki menyambung pelajaran. Sebak juga bila gua dapat tahu yang ramai brothers mengambil berat terhadap gua. Sering bertanyakan bila gua akan sambung belajar. Walaupun kadang-kadang macam annoying sedikit persoalan tu. Gua cuma harap, masing-masing dapat doakan gua punya kejayaan supaya gua tak akan tertinggal di belakang setelah masing-masing di puncak nanti. Biarlah kita berjaya sama-sama.

6 ulasan:

  1. sori x dpt dtg..gua ada hal sikit..next time gua datang..

    BalasPadam
  2. Tadahal. Dahulukan urusan anda. Gathering yang sebenar belum tiba. Not until 2017.

    BalasPadam
  3. perff rozuan dah macam taiko lah ckp skarang
    wei jekbe, bile nak start blaja?! haha annoying kan

    BalasPadam
  4. Afiq Azmi mintak selibas tendangan. Perut ke muka?

    BalasPadam
  5. perut dah la, gua jenis badan berketul2, takde hal punya!

    BalasPadam