15 Julai 2010

Dengkuran Gerhana

Serigala jadian, pontianak, awek cun sama pop corn berperisa cengkudu. Itu semalam punya hal. Gua diajak ataupun lebih selesa menyertai saudara Bird untuk bersama-sama menonton satu filem yang agak creepy bagi kanak-kanak berumur bawah 13 tahun. Rating cerita tu pun sama dengan PG13. Budak-budak yang datang tak bawak mak bapak tak boleh masuk.

Twilight episod tiga ni ramai orang cakap sedap. Gua dapat tau pun melalui dinding bergerak di fesbuk yang ramai budak-budak pompuan bercerita. Edward hensem la, serigala comel la, world cup Spain la, Paul la. Macam-macam hal lagi. Jadi secara tak langsung gua terpikir nak tengok bila dipelawa oleh saudara Bird.

Rebiu cerita ni gua tak nak cerita panjang. Gua boleh bagi rumusan sahaja bahawa kalau pergi tengok tak ajak awek sekali memang tak function. Kalau tengok dengan kawan-kawan lelaki (dalam kes ni gua) lebih elok kalau tengok sambil tu memberi pandangan masing-masing untuk setiap scene yang ditayangkan. Bagi hal lelaki yang bawak awek tengok sekali, gua sarankan masuk hall bawak kopi secawan untuk mengelakkan dengkuran yang boleh mengganggu pasangan lain yang sedang khusyuk menonton filem tersebut (dalam kes ni penonton yang seat dia depan gua semalam).




Oleh yang demikian, Bird mintak pandangan gua untuk bagi rating filem ni. Disebabkan Sepanyol baru memenangi bintang pertama mereka, gua bagi satu bintang juga untuk filem ni. Tak berapa nak bagus sebab scene romantis menjangkaui scene bergaduh. Two thumbs down.

3 ulasan:

  1. gua bg bintang di surga kat sinetron ni...maklom la skrg kn musim mencari "cerita indon"...go2 ariel peterpen....

    BalasPadam
  2. ni nak panggil gulai ke hamster,,,atau tepung barangkali bersalut....
    laen kali aku akan menyuruh saudara jekbe mengajak anda!!!

    BalasPadam