14 Julai 2010

Forlan, Muller, Casillas, Paul Si Sotong dan Piza Cold Storage

Ok ok. Hari final Piala Dunia itu hari dia tak umumkan siapa pemenang-pemenang anugerah pemain terbaik dan segar dari Felda. Memandangkan astro gua jahanam alias bil tak sampai rumah, gua terpaksa layan RTM dengan bantuan antena berjenama Greentek. Dekat RTM dia tak tunjuk habis, takat Sepanyol terkinja-terkinja atas pentas lepas tu terus ke scene perbincangan secara separa profesional. Biasa lah, komentator Malaysia. Gua terpaksa guna cara manual dengan melayari laman web yang berkaitan dengan FIFA dan bukan pornografi. Asal boleh kalau sebut layari laman web mesti nak samakan dengan pornografi. Celaka punya atitude.

Gua dapat tahu cerita dia Diego Forlan dapat anugerah bola emas ataupun anugerah Pemain Terbaik Sepanjang Tempoh Piala Dunia 2010. Sambil tu beliau tujukan khas anugerah tersebut buat semua pemain Uruguay dan juga peminat-peminat setia nya. Walaupun beliau pernah menjadi seorang penyerang Manchester Bersatu, tapi dalam berita beliau tak mention langsung fasal kelab tak berguna tu. Nampak sangat Manchester tak dihargai. Keh keh keh.

Untuk anugerah kasut emas alias Penjaring Terbanyak Sepanjang Tempoh Piala Dunia 2010 pula dimenangi oleh pemain Nazi Jerman Thomas Muller. Walaupun beliau terikat mata jaringan bersama-sama David Villa, Wesley Sneijder dan Diego Forlan, beliau mendapat kelebihan ke atas 3 mata assist atau Google Translate cakap membantu. Selain tu beliau juga mendapat anugerah Pemain Belia Handalan Piala Dunia 2010 yang dahulu pernah dimenangi oleh pemain-pemain handalan masa kini seperti Lukas Podolski dan Michael Owen.

Anugerah sarung tangan emas atau lebih dikenali sebagai Penjaga Gol Terbaik Sepanjang Tempoh Piala Dunia 2010 pula dimenangi oleh penjaga gol pasukan terbaik sepanjang zaman, Iker Casillas. Beliau, dengan pertolongan barisan pertahanan pasukan terbaik sepanjang zaman, hanya meloboskon dua bijik gol sahaja dan itu adalah dalam keadaan sengaja supaya Maarten Stekelenburg dan Manuel Neuer tidak kecik hati. Oleh yang demikian, FIFA (dengan sengaja) memilih beliau sebagai Penjaga Gol Terbaik Sepanjang Tempoh Piala Dunia 2010.

Sepanyol telah memenangi bintang pertama mereka tahun ni. Paul Sang Sotong memang hebat tapi sumpah gua rasa semua tu nasib. Mana mungkin ada makhluk yang lebih hebat daripada Yang Maha Esa. Sebagai ucapan tahniah kepada Sepanyol terutama sekali abang gua Francesc Fabregas, gua nak cadangkan Bakery Cold Storage untuk menambahkan sotong ke dalam menu piza mereka supaya gua kerja boleh bertahan sehingga waktu rehat.

1 ulasan:

  1. fyi, muller tuh 20yo dow. teammate gua mase study kat berlin.. tgu jer lah kat brazil 2014 sok.

    BalasPadam