25 Jun 2010

Ubat Ketiak

Ok. Mungkin pos ni agak menjijikkan dan tak berapa senonoh tapi gua terpikir benda ni sejak lepas gua balik melepak layan Koka Kola kat Alamanda tadi.

Gua terbau wangi. Ada bau Nivea. Oh. Rupa-rupanya dua dua tangan gua tengah alas kepala masa gua baring baring tadi. Maknanya ketiak gua tengah terdedah. Tapi gua selesa sahaja. Tak ada langsung rasa nak benci kat diri sendiri. Sejurus tu gua terus terpikir. Sanggup juga gua beli pewangi ketiak mahal mahal. Sebatang yang 50ml standard standard volume tu pun cecah dekat 10 ringgit. Demi memelihara diri daripada bau tak selesa atau sesetengah orang cakap bau bawang, pewangi macam ni penting juga rupanya untuk kebanyakan orang. Ya lah. Sesetengah orang mana nak sedar atas kewangian diri sendiri. Lebih lebih lagi khalayak dalam komuter yang selalu gua naik. Celaka. Dah lah berhimpit, terkumpul pulak bau bau bacang.

Gua juga ada bayangkan kalau kalau ubat ketiak tak wujud kat dunia ni. Macam mana lah orang nak bergaul dengan orang lain kalau masing masing ada keluarkan bau masing masing. Boleh bertahan ke nak ajak bersembang bila diri sendiri pun dah tak menyelerakan orang lain. Sedangkan kentut pun akan fade ditelan masa. Bau yang melekat macam ni boleh? Boleh lah kalau bersembang tangan tekap ketiak buat buat macam tengah peluk tubuh. Kacak la sangat sembang gaya macam tu.

Jadi. Dengan itu gua nak ucapkan banyak banyak terima kasih kat pencipta ubat ketiak. Tanpa ubat ketiak tak mampu gua nak collect kawan ramai ramai. Kepada yang tak pandai nak jaga ketiak, gua yakin lu pun sedar lu tak ramai kawan. Bawa bawa lah perubahan untuk diri sendiri juga keselesaan orang ramai. Utamakan kesihatan.

1 ulasan:

  1. lelaki wangi disukai ramai.
    siapa-siapa busuk memang orang tak suka.

    BalasPadam