26 Jun 2010

Tom Cruise Sangat Cool


Filem wajib tonton untuk tahun ni. Budak Aspar ajak gua usha movie ni. Gua tak pernah tau pun wujud cerita ni kat wayang. Lebih-lebih lagi dengan keadaan gua yang sangat sibuk bekerja serupa orang dah tak ada life sama sibuk melayan Piala Dunia. Musim Piala Dunia ni kalau boleh siaran lain semua tolak tepi. Tidur pun sama jugak. Kena tolak tepi dulu.

Gua rasa gementar nak tengok cerita ni. Satu hapa pun gua tak tau. Aspar dah usha treler dia. Gua cuba nak 'in to' je la masa Aspar dok sembang. Layan je kalau boleh. Hati kawan kena jaga. Ikut je la apa yang dia nak. Takut juga gua kalau-kalau cerita jadi tak sedap. Rugi la 11 ringgit gua walaupun Budak Aspar ni bayar dulu. Tapi gua rasa tak rugi langsung layan cerita genre Spy ni. Tom Cruise memang cool habis. Macam celaka. Gua rasa gay kejap. Cameron Diaz pun gua jadi buta. Memang patut tengok walaupun poket tinggal kunci rumah sama kad topup extra.

Esok-esok sesiapa teringin nak tengok cerita, memang gua sarankan cerita Knight and Day. Gua yakin gadis gadis yang bawak boypren pergi tengok, kompem boypren tak tidur. Kalau bawak boypren tengok Senario Beach Boys, memang gua espek lepas tengok balik sorang-sorang jalan kaki. Knight and Day gua bagi 4 bintang. Steady.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan