26 Jun 2010

Jangan Serabut Serabut

Serabut serabut serabut serabut. Gua rasa nak pergi menjerit kat atas bukit lepas tekanan. Kalau boleh gua nak jerit "Syamsul Yusuf tak layak jadi pengarah baik mati kena tembak dengan shotgun".

Hari ni ada artis bertandang ke kedai gua. Artis punya pasal, keadaan kat kedai kena ubah sikit untuk bagi laluan kat diorang. Masa yang sama, pelanggan pelanggan bertuah dapat makan free sama duduk satu meja dengan artis. Gua cerita macam ni pun gua sikit demi sikit naik serabut. Meja kena susun buat bentuk huruf L. Satu seksyen kena tutup untuk diorang. Akibatnya seksyen lain jadi penuh tak ingat. Bila gua tengok kedai penuh gua tambah serabut sebab nampak macam sibuk. Bila dah padat, otak gua pun jadi sempit. Tak berkembang. Macam mana IQ gua nak berkembang bila duduk tempat sempit sempit. Kesan dia gua terus-terusan menjadi serabut.

Artis yang gua maksudkan tu adalah Lisa Surihani sama Marsha. Imran Ajmain ada juga. Tapi gua tak berapa cam. Budak Khairol yang cam lebih. Artis tempatan dia memang king. Gua mintak maaf la. Tak heran langsung. Gua tengok Lisa Surihani ni sama je dengan chicks chicks yang lain. Lebih dia sebab taraf sahaja gua ingat. Memang salah guna kuasa betul. Tapi kalau gua terserempak dengan Brandon Flowers sama ahli ahli beliau, gua sanggup makan kotak! Jangan tanya sebab dia. Nak tau tanya saudara Mael. Beliau pernah ada di tempat kejadian.

Sayang juga Korea Selatan tak dapat pergi kuarter. Gua mengharap betul. Tapi gol kedua Suarez memang true. Nampak tak nampak je gol dia. Biasa la. Golie asia. Lompat pun tak boleh jauh mana. Kena tambah spring agaknya dekat but bola. Baru laju sikit melompat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan