09 Jun 2010

Soalan Lazim. Lebih Berguna Ditujukan Di Formspring.

Celaka. Baju gua basuh semalam tak sidai. Acane gua nak pakai. Kalau gua seterika arang pun ambik masa juga nak kering. Tengah hari tadi gua masuk kerja tak ikut kuota pemakaian. Stokin je Nike Downtown.

Hari ni Encik Milito ebsen. Demam cikucingnya gua agak. Semalam dia ada main kucing tu punya bulu. Bulu kucing campur asap karbon grill masak tu boleh hasilkan penyakit demam panas kalau balik rumah tak mandi cepat cepat. Kan dah kena. Nasib baik staf cukup cukup team takraw. Kastemer pun tak ramai.

Kadang-kadang gua rimas juga kerja sebagai seorang servis ni. Banyak air liur nak kena guna. Mungkin sebab tu gua perasan gua kerap minum air sejak kebelakangan ni. Dan sejak tu juga gua kerap gunakan tandas. Tandas pulak jarang-jarang ada tisu. Tak sempurna istinjak gua.

Gua paling malas bila kastemer ajukan pelbagai soalan kat gua. Gua bukan kaunter informasi. Nak tau satu satu benda tu pun cuba pikir lojik akal dan jangan tembak gua dengan soalan soalan simple 1+1 budak tadika Twinkle. Chips? Tu pun nak tanya? Tak kan kereta kebal pulak.

Ni gua cuba list kan soalan-soalan yang biasa gua dapat
  • Sini halal tak?
  • Kalau suku ayam tu ada besar badan saya tak? Cukup tak untuk saya seorang yang gemuk?
  • Koleslaw tu serangga apa?
  • Nasi ni nasi goreng ke?
  • Kenapa kebab ni tak ada roti?
  • Sini halal tak?
  • Apa nombor talipon awak? Boleh bagi kat saya?
Habis rimas dah gua nak jawab satu per satu. Kalau boleh memang gua nak buat bayaran kepada sesiapa yang nak tau jawapan dia.

Habis kerja hari ni gua terus melayan tenet. Gua tengok komputer dah sedia terpasang oleh abang gua yang asyik bermain counter strike. Kidal senapang dia. Setting macam haram. Berpuluh kali dah gua try tukar. Tak menjadi sampai sekarang. Gampang punya installer copy.
Yang penting komputer ni nak kena bagi warm up dulu. Kalau sejuk sejuk dia tak boleh nak detect brodben gua. Nasib baik abang gua main counter strike copy ni.

Gua sekarang suka pos benda yang lebih kepada life gua seharian. Tak pun kalau gua rasa ada hati nak pos pasal review MSSM yang sedang berlangsung kat area Putrajaya ni pun nanti gua boleh cuba. Buat masa ni tak ada lagi jadi gua cerita je la apa yang gua buat sepanjang tak menjadi seorang mahasiswa ni. Ramai juga yang bertanyakan bila gua nak belajar. Soalan lagi. Gua dah pergi belajar nanti gua belajar la woi. Soalan simple lagi sekali. Memang patut kena minum asid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan