11 Jun 2010

Pos Harian Dalam Bentuk Kertas Ujian Penulisan

Detik detik alarm henfon gua berbunyi lantas gua bangkit daripada mimpi. Celaka. Baru sedap nak mimpi gua angkat free kick kat stadium South Africa bersarungkan jersi belang hitam kuning. Gua tekan punat stop supaya adanya beliau tak kan berbunyi lagi. Lincah gua bangun dan terus membuka daun pintu. Agak gelap rumah gua. Tengah hari. Tapi gelap sebab langsir tak bukak. Gua bukak langsir, gua on kompiter. Dengan harapan kompiter cukup warm up dan gua boleh layan fesbuk serta blog buat seketika sebelum bersiap untuk ke kerja. Faking. Tak cukup warm up. Kejap kejap modem undetect. Gua lempang CPU sedas dan terus menuju ke bilik air.

Hari ni cukup panas kalau nak buat taning dekat Putrajaya. Panas dia panas betul. Kalau la ada turnamen, berbelang juga badan. Perjalanan sejauh 5 minit membuatkan gua tak selesa. Kalaulah gua pakai Rexona. Sejuk juga ketiak. Nivea for Men. Ok lah sebab dia ada silver protection. Entah apa maksud dia gua pun tak tau.

Gua rasa seronok sebab setibanya gua di ruang pintu masuk Nando's, kastemer tak ramai. Memang berharap juga tak ramai. Nak diceritakan hari hari pun memang harapan gua macam tu. Haram. Memang tak ramai. Tapi lepas sejam gua masuk, makin ramai. Tak ada tanda tanda langsung yang keramaian ni nak berakhir. Celaka kastemer. Tak reti-reti lagi nak berjimat?

Sampai ke malam sudahnya ramai ni. Lepas 14 orang, 20 masuk. 5 famili katanya. Lepas 20, 12 pula. Lepas 12, waktu kedai tutup. Nasib baik bukan 24 jam. Kalau malam esok pun ramai gua tak tau nak tendang siapa. Apa gila wurl cup keluar jalan jalan sampai makan ke Nando's? 4 tahun sekali bukan lah satu jangka masa yang pendek. Kalau anak lahir tahun ni umurnya akan 4 tahun wurl cup seterusnya dan boleh wakil tadika bermain bola. Kalau ditatih elok elok. Boleh bermain untuk kelab Atletico Madrid atau pun Kuala Muda Naza FC. Apa salahnya. Siapa tahu? 4 tahun agak lama. Macam macam boleh berlaku.

Penat kerja gua di'fade'kan dengan layanan teh tarik agak King kat Ani Sup Utara berdekatan rumah gua. Ya benar. Agak King. Memang terasa lega setelah betis agak lenguh serta tumit yang terasa nak pecah akibat berdiri lama-lama. Memang gua ada curi duduk. Sekadar mencuri. Cemas juga boleh membuatkan kita penat. Apa lah sangat curi tulang ni. Sekadar untuk mengambil nafas sementara. Satu hirupan teh membawa gua melayang ke alam fantasi. Sambil sambil tu alam fantasi gua terganggu akibat tayangan gusti kat warung tersebut. Boleh tahan juga John Cena dibanting-banting seramai 8 orang. Gua kalau kena jentik dengan 8 orang juga boleh bawa merajuk. Inikan pula 'clothesline' bertubi-tubi terkena di tengkuk John Cena. Memang patut jika berehat 2 bulan. Setelah tu gua beralih pula kepada seni perbincangan bersama rakan-rakan sekroni. Borak.

Life macam orang goman memang tak banyak cerita untuk dikongsi. Mungkin hari ni tak sebaik semalam. Atau pun semalam tak sebaik hari ni. Gua tak pasti sebab bagi gua hari-hari sama sahaja. Memang betul seharusnya hari ni lebih baik daripada semalam. Dan esok lebih baik daripada hari ini. Gua sahaja yang patut tentukan tapi gua 'yang malas' tak reti nak tentukan. Gua tak sempurna. Tanya orang lain pun mungkin jawapan mereka sama. Susah juga kita nak jadi baik hari demi hari. Sikit sikit boleh la.

(Seronok juga posting serupa ni. Tersenyum kalau cikgu Bahasa Melayu ada baca.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan