27 Jun 2010

Ke'putus'an

Gua dapat tau 2 orang kawan gua putus hubungan dengan pasangan masing-masing hari ni. Kesian kepada mereka. Al-Fatihah.

Perkataan putus ni sebenarnya boleh bawak gaduh dalam kajian gua. Sebagai contoh.

"Jack, itu hari tali gitar lu PUTUS la lepas gua goreng ganas lagu Bersama Semula ACAB"

Ini contoh paling boleh bawak gaduh kalau tak reti nak ganti. Macam kapel kapel juga. Ayat putus ni sensitif. Sebut putus macam sebut cerai. Manakala cerai pula tak jauh maksud dia dengan putus. Putus juga sebenarnya sangat sensitif untuk orang yang tak berapa nak melawak. Seperti.

"Ya. Betul. Gua tengok dia makan rambutan lepas tu tercekik bijik. Gelak la gua terkekeh sampai terasa nak PUTUS urat kentut."

Sesetengah orang tau bahawa ayat tersebut hanyalah untuk jenaka. Tapi kepada yang dah terputus urat kentut boleh jadi sensitif jurus membawa kepada pergaduhan. Kena watch out sikit. Bahaya. Putus=sensitif + gaduh.

Gua tengok orang yang baru putus hubungan ni sangat sensitif. Tak boleh nak dibahankan. Tak boleh nak tegur-tegur kasar. Kena cakap elok-elok. Kena rasa apa yang dia rasa. Satu gurauan kasar kelak boleh bawa pergaduhan. Akibatnya boleh membawa kepada putus rakan. Keputusannya jaga jaga dengan kata putus. Keputusan terakhir pula, England tak dapat pergi suku akhir.

1 ulasan: