31 Mei 2010

Pelamin Abang Gua Musnah Ditiup Ribut

Apadahal gua kena bangun pagi-pagi pergi buang sampah. Bukak mata sampah yang gua mengadap. Arahan ibu gua. Tak kan gua nak bantah. Derhaka woi. Gua tak sanggup jadi batu. Apa gila function seekor batu. Lepas buang sampah gua sambung tidur balik.

Hari ni kenduri belah rumah gua. Lepas kerja sulung gua untuk hari ni, gua bangun tidur kali kedua terus mengadap nasi goreng. Dah tak pikir gigi dah bila perut lagi penting. Selesai sarapan terus mandi, seterika baju, pakai samping versi kain pelikat.
Tengok cermin macam dah bersedia nak kahwin. Gua cuba pakai songkok. Hampas. Tak nampak macam Messi. Kensel songkok. Fail.

Gua dengar cerita pelamin pasang pukul 6 pagi. Apajadah subuh subuh mengejar pelamin. Mengejar syurga tidak juga. Dah kabor suruh siap pelamin tengah malam. Degil tak bertempat. Buat kerja last minit bukan bagus. Macam celaka jadinya. Disebabkan terpaksa siapkan dengan laju dan ala kart, pelamin dah rupa macam kemah kenduri juga. Kerusi sahaja yang cantik sama tikar.

Dahsyat juga pelamin segera ni. Disebabkan segera, pelamin yang dibina tak sekukuh Wall of Jericho. Angin tiup sikit tumbang terus. Kalau sekali memang menyirap. Dua kali boleh buat orang hilang sabar. Ni sampai empat kali apa cerita? Mama gua dah tahap tekanan darah mendidih dah. Kalau ikutkan hati, mahu juga bersanding atas sofa rumah. Tak ada pulak nak pikir pasal bahaya pelamin hempap atas kepala. Nasib baik ada engineer lulusan Petronas kasi tolong kukuhkan stabiliti singgahsana pelamin. Kalau tak ada juga pengawal keselamatan pelamin kena lantik.

Lebihan lebihan story kahwin ni gua malas nak cerita dah. Sebab kahwin pun memang perkara ruji dalam Malaysia. Benda standard dan susah nak modify. Gua harap jam gua kawin nanti mesti nak rare. Gua nak buat kenduri dekat bulan. Amacam?

3 ulasan:

  1. haha..stailo gila kenduri kahwin dekat bulan.

    BalasPadam
  2. wei sorry la x dapat dtg, xde sen nak gerak
    khemah tu mcm lu la gebes (red pon same), snang kene tiup angin keh3

    BalasPadam
  3. ada sedia tiket roket sekali ke?
    jumput gua la wei...

    BalasPadam