01 April 2010

Majikan Gua Rayakan April Fool Kat Staf-staf Beliau

Gua isytiharkan bahawa gua tak akan beli Malay Mail langsung sampai bila-bila walaupun gua tau yang gua tak pernah beli pun.

Hari ni gua dapat tahu hari April Fool memandangkan salah seorang staf satu kerja gua buat April Fool kat member Nepal beliau. Apa nak jadi gua pun tak tau. Member satu negara pun nak kenakan. Nasib baik gua dah buat sumpah tak kan sambut April Fool. Gua masih Islam ya tuan-tuan dan puan-puan.

Tapi memandangkan tokey tempat gua kerja merupakan Mat Salleh. Gua tak syak lagi bahawa dia akan menyambut April Fool. Bukan dengan cara menipu kat staf-staf bahawa ada bonus untuk bulan ni atau pun masing-masing dapat bercuti ke South Africa untuk acara pembukaan World Cup 2010. Tapi beliau pedajal kan kami staf semua dengan meletakkan satu kupon makanan percuma dalam surat khabar Malay Mail. Percuma ya. Baca elok elok. P E R C U M A.

Disebabkan percuma, makanan tersebut hanya terhad untuk 50 orang yang pertama. Gua datang kerja dengan harapan tak ramai orang baca Malay Mail. Gua betul. Memang tak ramai pun. Celaka. Tapi semua beli sebab nak kupon tu. Last last paper tu buang. Ikan haruan betul.

Yang bikin gua lagi naik minyak, ada pulak sorang brader jadi pengutus Malay Mail promote promote kupon dalam sokabar penjajah tu. Wattafffff... Baik sungguh hati lu nak kecoh-kecoh dalam pusat beli belah ni. Last-last kedai gua kerja ni jadi sesak. Penat gua lu tau tak. Lu ingat tak penat ke nak angkat-angkat pinggan. Lain kali kalau ada promosi macam ni lagi. Gua nak tarik lu kerja sekali. Baru lu meleleh tengok orang makan ayam free.

Dah lah. Gua nak cari sokabar Malay Mail jap. Gua agak dekat Selera Putra ada kekosongan ayam free lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan