30 Mac 2010

Aku Anak Seni Part 5

(sambungan daripada semua part Aku Anak Seni. Untuk rebiu part sebelum ni, sila klik SINI.)

"Haluuu??" gua cuba jawab talipon Nokia 33sekupang tersebut.

"Lepas ni terus gerak Stesen LRT Sg. Besi. Jangan banyak soal. Sebelum kau keluar jangan lupa angkat kain jemuran. Aku syak hujan nak turun. Tepon ni akan meletup dalam masa 3 saat..." jawab panggilan misteri tersebut.

Cilakak! Gua campak talipon tu ke tanah.
3...2...1!!!

Tett, tett. Tett, tett. Bunyi mesej nada standard. Gua capai talipon tu balik. Gua cuba baca mesej tersebut. Gua tekan punat panjang kat tengah-tengah. Mesej daripada mamat misteri tadi. Dia tulis...

Keh, keh, keh...

Tiba-tiba gua terbau hancing. Gua nampak Kamil dah terguling-guling gelakkan gua. Siap lu kucing. Gua cukur bulu lu nanti.

Gua tak buang masa. Cepat-cepat gua pergi mandi. Gua pakai baju Renoma itu hari. Saving. Tak payah nak buang masa basuh baju banyak-banyak. Gua punya sabun dah kena catu. Sebulan sepeket. Tak boleh lebih, kurang tak apa. Gua capai buku muzik atuk gua. Panduan belakang buku tu atuk gua ada tulis, bawa saya ke mana-mana saja. Gua lari dari rumah sekali lagi. Dan kereta BMW tu pun masih ada kat depan rumah gua. Celaka punya orang kaya. Nak berlagak pun tak kena tempat.

Gua sampai kat stesen LRT. Gua cuba beli tiket kat kaunter awek paling cun. Hampeh. Harap je cun. Badan ada bau sikit. Gua tahan nafas. Time mintak tiket Sg. Besi kat awek tu, gua buat-buat korek dua-dua lubang hidung gua. Pelik pun pelik la. Sebelum gua termuntah lebih baik gua selamatkan diri.

Gua tunggu kat platform menghala ke arah Sri Petaling. Kat platform tu gua nampak ada seat kosong tapi ada pak cik tua yang macam tak ada rumah lepak juga kat situ. Baju dia compang-camping. Ada bau bundle. Gua boleh agak beliau ada beli kat bundle berdasarkan tag harga yang tak tanggal lagi kat celah ketiak. RM5.

Tiba-tiba pak cik tu bersuara...

"Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang. Pergi mana-mana mesti nak hensem. Pak cik dari umur baya engkau ni sampai la sekarang, pakai bundle. Buat apa nak bazir-bazir beli mahal-mahal."

Hampeh pak cik ni. Gua punya baju lawa pun sehelai ni je la. Gua buat tak ambil port kat pak cik tu. Tiba-tiba lagi pak cik tu berdiri depan gua terus dia tumbuk perut gua. Gua tertunduk senak. Berdarah hidung gua. Tersembur macam dalam cerita kung fu. Gua tak percaya. Sumpah tak percaya. Tak masuk akal langsung. Gua cuba tumbuk pak cik tu balik. Dia mengelak. Lincah juga orang tua ni. Macam gua kenal jurus yang dia pakai. Ada stail kung fu mabuk alkohol takat taraf 3%. Cilakak. Mana gua tau pun gua tak tau.

Dia bagi dua penumbuk kat dada gua. Gua berguling-guling macam tenggiling. Gua cuba bangun. Tapi gua pening-pening. Pak cik tu capai buku atuk gua. Dia lari. Laju juga. Gua macam boleh jadi tak percaya. Cis. Rupa-rupanya beliau pakai kasut Paul Smith.

Tengah-tengah pak cik tu seronok-seronok lari. Tiba-tiba beliau jatuh. Gua syak beliau kena strok. Tapi bukan. Sangkaan gua meleset. Kaki beliau macam kena ikat. Beliau cuba meloloskan diri. Sememangnya seorang tua kerepot. Gua cuba bangun. Gua pergi mendekati orang tua tersebut.

"Ada orang tolong gua ke tadi?" gua cakap sendiri.

Gua jalan terhenjut-henjut pergi ke pak cik tu. Sakit bai. Serius shit. Rasa macam kena tindih. Gua capai balik buku arwah atuk gua.

"Lu siapa? Kenapa lu nak sangat buku ni? Celaka ayam. Mampuih lu kena ikat. Batman dah datang tolong gua. Lepas ni dia bawak lu masuk jel. Padan muka lu."

Gua blah terus naik tren yang kebetulannya nak ke Sg.Besi. Hidung gua masih berdarah. Ramai orang tengok gua semacam. Ada juga mat-mat black metal yang tiba-tiba salute lama-lama kat gua. Diorang beranggapan bahawa gua seperti penyokong Marylin Manson. Gua try mintak tisu kat ah moi sebelah. Hampeh. Dia pun takut kat gua. Dia ingat gua tengok dia seksi sangat sampai hidung berdarah. Mengarut sungguh. Lepas gua cakap gua nak beli sehelai baru lah ah moi tu bagi. Cekik darah punya pompuan.

Gua tiba kat Sg.Besi. Gua tunggu orang yang call gua tu. Tiba-tiba gua ada nampak satu sampul tertulis nama gua kat tepi tiang yang tertulis tanda papan Sg.Besi. Mamat misteri ni memang bajet stylo. Gua terus sumpah seranah. Bagi by hand kan senang. Gua cuba bukak sampul tersebut...

Bersambung lagi...

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam

    Dik,
    kisah betul ker nie?
    tersenyum gak akak baca
    boleh jadi writer nie :)

    BalasPadam