17 Disember 2009

Planning Semester Akan Datang

Gua dah buat pelan gajah untuk semester akan datang. Tak cukup kertas a4 gua tambah kain cadar sekolah gua yang gua tengok je mesti gua naik hangin tak tentu pasal. Plan nya berbunyi begini. Ehem...

1) Gua nak capai target rahsia gua dalam pendidikan semester ni.

2) Gua nak bergiat aktif dalam seni musik orang kebanyakan dengan band members gua yang kebetulan orang kebanyakan juga.

3) Gua nak perbetulkan silap gua yang dulu dalam memohon pinjaman duit kerajaan.

4) Gua nak enjoy sakan bila pembetulan gua dah betul dalam pinjaman duit kerajaan seperti dalam perkara 3 tadi.

5) Sama seperti perkara 4 yang berkaitan dengan perkara 3.

6) Gua nak perbetulkan lagi segalanya yang dah tak betul, seperti pensel mekanikal gua serta fizikal dan mental gua misalannya.

7) Gua nak eratkan silaturahim sesama makhluk tak kira sekiranya gua lagi hensem.

8) Gua nak jadi hensem.

9) Gua nak siapkan karya mengarut gua, 'Aku Anak Seni', siri pertama dan terakhir dalam semester ni juga.

10) Gua nak persiapkan diri untuk menghadapi mati. Ye lah ajal kita siapa yang tahu.

Jika planning-planning ni tak menjadi maka gua tak hebat untuk menjadi seorang wedding planner. Gua juga insan biasa yang selalu buat silap. Sebab tu planning gua banyak yang pasal silap silap. Gua syak gua boleh buat tiga suku daripada planning di atas. Doakan gua berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan