13 Disember 2009

Nostalgia '97

"Susah ni..aku dah cuba dah tadi. Siapa la letak batu kat situ?"

"Meh aku cuba. Tepi sikit.." maka Alip Apon pun mengambil tempatnya. Namun usahanya tetap gagal seperti yang lain.

"Betul la. Susah gila. Macam jawab soalan suai padan English tadi." sambung Alip Apon sambil terus membina istana pasir sebelah tapak masalah kami tadi.

"Zakba!! Turn kau la..cepat la. Susah ni." sahut mereka sementara gua sedang membantu Alip Apon menyiapkan pintu masuk istananya dengan menggunakan batang aiskrim.

"Rasanya kau boleh ni. Kaki kau panjang.." kata Aik si anak kacukan Arab.

Gua buat tak heran. Pujian macam tu tak patut gua endah. Gua dah biasa sangat dengar. Gua syak ni strategi diorang nak menjatuhkan gua.

Gua ambik 20 step ke belakang. Gua tenung tanah. Gua baca baca sikit doa makan sekali dengan maksud dia dalam bahasa melayu. Doa lain gua tak tau. Mak gua tak hantar gua pergi sekolah agama. Gua cek kelajuan angin. Gua cek suhu. Gua tanggal selipar. Petua abang gua nak lari laju sebenarnya. Gua mulakan larian. Makin lama makin pantas! Cecah target, gua lompat sekuat hati!

"Haaaaa...sampai...bagus bagus. Selesai masalah kita semua. Betul tak kawan-kawan?" sahut Aik sambil bersoalkan kepada peserta-peserta permainan 'TING TING' yang lain. Yang lain mengangguk tanda setuju.

Petang tu gua balik hidung tak kuncup. Ada awek mintak nombor talipon rumah gua. Gua cakap mintak kat setiausaha sulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan