18 Disember 2009

Tali

Tali...
Penting untuk urusan-urusan ku
Jual beli, ikat mengikat, menculik dan sebagainya
Tapi tidak sepenting tali ukhuwah yang utuh dibina
Tanpa tali
Tak mungkin aku mempunyai kudrat untuk bernafas
Tak berguna juga segala usaha yang diusahakan
Terima kasih kepada engkau yang menghubungkan tali ini kepadaku
Kasih sayang yang kita jalin selama ini
Segala Chemistry; ionic serta covalent bonding antara kita
Segala masa yang diluangkan bersama
Memori antara kita adalah yang paling hebat
Kau syurgaku
Kau segalanya bagiku
Terima kasih atas tali mu yang menghubungkn kita
Sewaktu aku berusaha bernafas dalam dirimu
Tak mungkin aku lupakan pengorbananmu
Terima kasih ibu...

Hasil nukilan saudari Siti Nursyafeqah bt Mohd Sukor
Gua paksa dia buat. Amacam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan