24 Disember 2009

Pengajaran Kepada Yang Berhajat Untuk Menyimpan Rambut

Gua tak ada lesen. Hari tu member gua yang bawak motor. Gua jadi co-pilot dia yang entah apa kerja gua bersenang-lenang bonceng kat belakang tak buat apa apa. Buat bazir angin kat tayar belakang dia je. Sekarang, gua dah tak pikir apa. Disebabkan gua dah macam zombie yang hidup dalam rumah tak buat apa apa. Gua akan polow ke mana sahaja Wan Maga serta Koprel ajak. Kebetulan hari tu Wan nak gerak pergi renew IC sebab dah tak boleh terima dengan gambar yang sedia ada. Tak matured kata nya sebab tak ada bulu kat bawah dagu. Sepatah haram gua tak setuju.

Gua ambil kesempatan kat diorang. Alang-alang dah bawak ke area syarikat-syarikat kerajaan, gua nak pergi betulkan kad BSN gua. Dah tak cukup tempat nak letak digit kosong kat dalam akaun tu. Lama sangat gua tak keluarkan duit akibat cip kad yang rosak. Lepas ni boleh la gua makan ayam kat RasaMas Alamanda.

Disebabkan gua terhutang budi dengan diorang, gua paksakan diri ikut Wan membarukan wajahnya kat atas IC beliau. Gua tak boleh nak barukan IC gua. Nanti polis tak percaya yang gua ni rakyat malaysia. Keadaan rambut gua dah sebijik macam rakyat British campur Chile sikit. Sayang betul nak potong.

Gua sanggup tak kerja sebab nak simpan rambut. Gua nak buat Discovery Channel pasal rambut gua ni sebenarnya. Kalau dah betul-betul panjang, boleh ke dia hidup sampai makan orang? Gua ada mintak tolong kamera man amatur buat rekoding pasal rambut gua. Dia angguk dan geleng geleng.

Tapi hari tu jugak rambut gua bawak masalah. Punyalah gua puji puji dia, last last disebabkan dia gua kena cek air kencing. Polis syak gua hisap dadah berdasarkan ketidakurusan rambut gua ni. Apa jadah? Kolot punya pemakan rasuah. Lepas ni gua nak buat laporan kat Ketua Polis Negara atas tuduhan polis yang tak masuk akal tu.

2 ulasan:

  1. cis..mentang2 rambut serabai,kawan gua kna cek air kencing..gua x puas ati tol la..

    BalasPadam
  2. haha..aku x dpt bayangkan rupa member ko yg nak buat ic tu..kalo aku da bg pelempang pailang kat dahi die dgn alasan x de janggut tu..

    BalasPadam