31 Disember 2009

Ulasan Rock The World Bukan War of The Worlds

Gua dengar handphone baru gua berbunyi setelah handphone lama gua tamat berfungsi. Nada deringan yang bertajuk Hush yang gua pun tak tau siapa penyanyi nya. Gua percaya nada dering ni boleh dijumpai dalam handphone model Nokia jenis 1112.

Gua cek skrin talipon. Nama Bird terpampang. Gua syak dia nak ajak gua buat kecoh kat mamak malam EPL ni. Gua cuba jawab. Mana tau dia ada menang loteri nak share sepam dua dengan gua. Tapi sangkaan gua ternyata meleset.

"Weyh..hang kat mana??" suara Bird.

"Aku kat rumah. Awat?" gua cuba bergaul mesra walaupun gua sedar gua lahir di Klinik Wanita Taman Tun Dr.Ismail.

"Hang nak dengar cerita best? Aku tengah jalan-jalan kat pintu belakang Rock The World tadi. Tiba-tiba aku tersepak dua tiket. Macam magik je. Hang rasa macam mana?" dia cuba bawak cerita best.

"Wow! Betoi ka? Sat aku mai" gua cuba ambil hati.

Nak tak nak, gua kena pergi. Tiket free. Mak gua ajar, kalau nak pergi konsert make sure tiket free. Gua mintak tolong mak gua hantar kat LRT Sg.Besi. Gua siap cepat-cepat dressing budak-budak nerd first time nak turun konsert indie. Gua tak reti dressing lebat ni.

Gua turun RTW (Rock The World) tahun ni boleh dikira tahap tak sengaja. Sebab gua tak berniat pun. Sampai-sampai gua dah boleh agak suasana dia. Riuh macam konsert. Disebabkan gua dah tau suasana dia macam mana. Gua nak buat audit dekat RTW ni.

Ada member gua pernah cakap kat member gua lagi sorang. Band-band zaman sekarang dah tak macam dulu-dulu. Dulu orang buat muzik sebab diorang rasa nak buat. Diorang nak luah apa yang diorang rasa kat pelbagai arah. Muzik zaman sekarang pulak jawapan dia senang. Duit dan populariti.

Pada gua member gua punya member tu agak betul. Tapi nak buat macam mana. Diorang dah popular. Kita yang baru nak sentuh chord A pun belum tentu boleh cipta muzik. Nasihat gua, layan je apa yang ada. Gua tak nak jadi prejudis. Gua pun minat muzik juga. Kesimpulannya RTW hari tu bagi gua, biasa macam gig-gig yang kita semua pernah pergi. Gua pun bukannya nak layan sangat karenah gadis gadis tak sedar diri terkinja-kinja merapatkan diri kepada jantan jantan yang lain. Gua lepak belakang, gua layan dari jauh. Dah macam orang tua gua dibuatnya.

Gua harap RTW lepas ni harus bersikap profesional dari segi penyusunan masa. Gua tengok band band bagus dapat main 1 2 lagu je malam tu. Band band yang awal tu yang dapat seronok. Dah macam konsert sendiri gua tengok. Cuba kalau ada band dari negara luar. Malu juga gua rasa.

Apa-apa pun, lagi 2 3 tahun gua agak Retroville dapat main kat pentas tak-berapa-nak-utama. Kita tunggu je lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan