03 Disember 2009

Aku Anak Seni Part 4

Gua dah rasa tak sedap hati..ada benda yang macam gua terlupa. Oh? Gua tak sembahyang lagi. Dengan gaya jalan energetic gua pergi ambil wuduk dan terus niat nak solat Isya'. Tak baik lambat-lambatkan solat. Kalau gua dah tertidur memang tak akan ada niat Qiamulail.

Gua punya pergerakan sembahyang agak lambat hari ni. Lagi-lagi waktu sujud. Payah benar nak membongkok. Dah lama gua tak macam ni. Gua rasa gua tau sebab dia. Perut gua teranjak ke depan sikit sebab terlebih makan ayam golek. Sekarang belen ada sikit buat belanja, seribu lapan buat bayar hutang.

"Assalamualaikum bakal ahli kubur kalau tak bayar hutang!!"

Tepat gua habis berdoa, gua terus jawab salam tu. Gua dah tau siapa yang datang.

"Dah-dah..gua tak nak dengar lu bebel-bebel. Lu kalau bebel sampai tak cukup masa untuk anak bini kat rumah. Ni..dah siap seribu lapan tepat. Gua tak nak baki." terjah gua sambil melompat turun tangga dengan penuh rasa bangga.

"Eeh. Tak pernah-pernah orang buat macam ni nak bayar hutang. Bak sini. Nasib baik cukup. Aku kemusykilan ni. Aku tau ko tu sebenarnya tak ada duit. Sebab tu aku nak tanya ni mana kau dapat duit dengan lincah? Nak kata merompak tak ada pulak keluar berita tadi."

"Arghhh..jangan banyak songel..gua dah bayar tu cukup baik. Now, please close the outside door and slide the handle to lock it. I don't want goat to enter my mansion. Ngerti?" gua dengan penuh bangga speaking. Malam ni malam kebanggaan gua.

"Eleh..baru kaya sikit dah pandai cakap omputeh. Heh. Hujung bulan aku datang lagi. Get ready!" omputeh dia lagi power daripada gua.

Gua terus masuk. Gua bukak tv. Gua tengok berita. Gua hanya tunggu berita sukan sahaja tapi gua dah terbukak awal. Terpaksa gua tengok berita tak penting.

Seorang gadis manis telah dikelar lehernya akibat satu pergelutan di luar pintu utama Hotel Hilton KL Sentral siang tadi. Polis tak tau apa punca pergelutan tersebut lagi-lagi lah saya si pembaca berita. Nak tau lebih lanjut lebih baik anda naik mesin masa dan tengok sendiri kejadian itu. Ini merupakan gambar MySpace mangsa.

Pertama kali gua tengok pemberita yang kreatif. Eh..tapi gua cam sangat gambar awek tu. Gua terkejut sikit sebab gambar tu sebijik dengan muka awek yang gua jumpa siang tadi. Kalau waktu gua on the way balik tadi dia dah kena bunuh, maknanya siapa yang hantar duit tu?

Gua tiba-tiba rasa macam diri gua dalam bahaya sangat. Kalau ada orang bunuh awek tu, mesti ada yang nak bunuh gua juga. Gua dah lah kacak bergaya. Mesti pembunuh tu syak gua balak dia. Tapi apa kena mengena dengan cerita bunuh-bunuh tu. Apa motif pembunuh? Mungkin dia tau apa yang awek tu dengan gua sembangkan siang tadi.

Gua rasa buntu. Gua tak boleh buntu-buntu ni nanti gua lapar. Ayam golek dah habis gua dengan Kamil balun. Kamil yang bising lebih..dah dapat nak lagi..dah habis nak lagi..tulang pun jadi. Gua bakar misai baru lu tau. Nasib baik lu kucing peliharaan gua. Gua buat keputusan paling baik tak nak kasi lapar. Tidur.

* * * * * * *

Selamat pagi. Hari ni gua terasa lapar. Gua bangun tidur gua cari ayam golek. Gua lupa. Dah habis. Gua pergi bukak pintu depan. Gua nampak Kamil tak sabar-sabar nak keluar. Takut gua jentik telinga la tu kalau berhadas dalam rumah.

Gua hirup udara luar dengan nafas paling panjang. Pergh. Asap lori. Celaka. Gua berniat nak jogging. Alahai. Tak kan nak pakai capal. Gua dah tak tau nak buat apa hari ni. Seraya tu gua teringat awek semalam dah kena bunuh. Gua jadi serabut balik. Gua rasa takut sangat . Tapi tak ada pulak gua nak pergi berlindung. Mana lah tau ada penembak tepat tengah tenung gua. Tapi gua tak percaya sangat benda-benda karut macam tu. Hollywood boleh le.

Tiba-tiba gua dengar bunyi telefon bernada deringkan standard nokia. Gua tercari-cari. Gua syak dalam peti surat. Tekaan gua tepat. Siapa la letak handphone dalam peti surat gua ni. Risau juga gua. Mana tau bom. Tapi lagi sekali gua tak percaya. Gua tekan punat warna hijau.

"Haluuu.."

1 ulasan:

  1. Hi..
    Do visit us too at
    www.kizgarden.blogspot.com

    Follow us too if interested OK..

    Thank U..

    BalasPadam