06 Disember 2009

Rokiah Ronggeng Bahagia

Gua tak pergi sembahyang jumaat itu hari. Jujur tak gua? Abang gua tak kejut. Gua pun tidur lepas subuh jadi kuota tidur gua tak berapa nak cukup. Mana gua nak sedar. Sedar-sedar gua tengok abang gua dah mengadap komputer pakai kain pelikat. Ceh. Tak senonoh betul mengadap IT.

Lepas daripada waktu tu mak gua balik. Dia suruh siap lincah kadok sebab nak gerak rumah Achik kat Klang. Nasib baik gua dah bangun. Kalau tak bangun lagi mau mak gua balik dalam keadaan hampa tengok gua bergulung toto lagi. Gua mandi-mandi pastu gua pek-pek apa yang patut sumbat bersahaja dalam beg. Tak penting pun nak kemas-kemas. Bukan ada pertandingan hias beg pun. Gua bawak baju extra sebab gua tau mak gua kalau dah berkampung dengan adik-beradik beliau mau berhari-hari. Berus gigi paling gua ingat sekali.

Gua sampai Klang gua tengok segalanya dah siap. Gua rasa lega sikit sebab tak ada lah gua nak 'build up' dah. Tangan gua ni selesa pergi gym je. Angkat-angkat barang dengan kerja-kerja buruh berat ni tak elok nak apply untuk besar kan muscle. Tak percaya baca Men's Health. Jadi sekarang kerja gua kat sini ialah makan.

Kerja paling gua gemar datang pada sebelah malam. Gua dengan hero-hero buat-buat sibuk kat dapur BBQ (sebut satu per satu, jangan mengada-ngada main dengan haiwan kotor tu). Ayam kepak dan peha serta ikan siakap satu rasa jadi bahan. Serius gila gua tak nak cerita dah lepas tu jadi apa!

Sebelah esok. Event kebiasaan majlis kahwin - kenduri kahwin. Gua dah biasa sangat dah kenduri-kenduri ni. Cuma gua tak pernah terlibat dalam acara silat-silat. Teringin juga gua keluarkan skil 'kavadi petala awan durjana' yang terpendam ni. Tapi tak berpeluang. Jadi gua dah ditugaskan untuk bawak bunga yang kebiasaannya bila perarakan pengantin je kena bawak. Gua tak nak sebut bunga apa sebab nanti ada yang buat lawak buah pulak kat sini. Amacam? Romantik tak gua bawak bunga plastik?

Majlis seterusnya gua tak nak cerita. Sebab dah biasa sangat. Yang paling penting event paling rare bagi gua masa tengok mak gua kena jemput menyanyi kat depan. Pergh. Mak gua terer main vibrato! Kalah vokalis yang dijemput. Gua tengok mata dia gua dah tau ada api cemburu cuba menyala. Tapi tak sempat sebab mak gua kurang showmanship. Tak apa. Gua tetap bangga dengan beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan