13 November 2009

Aku Anak Seni Part 2

Gua tengah siap-siap nak pergi town..gua dapat panggilan tadi..suara awek..merdu..gua terus rasa nak pergi minang..tapi gua tak kenal siapa..dia cakap dia kenal arwah atuk gua. Dia akan tunggu gua kat KL Sentral kat Mekdi. Sah-sah awek ni gila mekdi. Kopak juga duit gua nanti. Gua pakai wangi-wangi supaya dia selesa nak tekel gua. Gua pekena pakai baju kemeja Renoma half-price yang gua baru pakai sekali time raya. Pakai selalu kang cepat lusuh..lagi-lagi emergency macam ni.

Gua ambik kasut Paul Smith bundle dari rak kasut. Tengah gua ikat-ikat tali..ada 3 malaun datang rumah gua tersengih-sengih depan pintu.

"Nanti lah gua bayar..gua tak ada duit sekarang ni.." sapa gua tak bersalam sambil kerutkan muka.

"Hehe..tau pun kau..dah 3 bulan kau tak bayar ni..nak kena halau ke?? Nak?? Nak??" jawab beliau..

"Ala..baru 3 bulan..tolong lah..bagi gua tempoh sikit lagi.."

"Ooo..kau nak tempoh ye..ok..malam ni aku datang balik..RM1800 dah patut ada kat tangan aku ni..kalau tak ada..pandai-pandai cari kotak nak buat jadi tilam..paham??" jawab beliau dengan sebelah kaki naik satu anak tangga sebelah tangan lagi garu-garu jerawat. Beliau lah tokey angkat duit sewa rumah.

Gua tak jawab apa. Gua kunci pintu gua terus blah. Ada awek tak sabar nak jumpa gua. Gua terus lari. Selesa juga kasut Paul Smith bundle gua ni. Larian gua pun terasa laju sikit. Gua buat tak heran dengan sekeliling. Kereta BMW 5 series yang terparking 3 4 hari kat depan rumah gua pun gua buat tak heran. Apa tak reti nak panggil pomen ke? Harap kereta je besar. Sedekah kat gua lagi bagus.

Setiba kat Mekdi KL Sentral..gua nampak ramai betul orang. Lagi-lagi ada patung badut besar tu. Buat sesak tempat je. Gua jalan masuk dalam mekdi tu. Gua tak nak order dulu. Gua tak ada duit. Gua tercari-cari awek tu. Dia cakap dia pakai baju hitam. Ramai jugak awek pakai baju hitam. Awek hitam pun ada. Gua lepak-lepak dulu kat table celah-celah lorong Mekdi tu.

"You ni Jack ryte??"

Suara awek dalam talipon!! Gua dah mula eksaited..

"Yes, I am Jack" gua jawab dengan sleng UK tak jadi sambil toleh belakang..

Aiseymen..lawa..tapi gaya mafia..apadahal??

"Hi, nama I Nadia..I yang call you tadi.." dia terus duduk sebelah gua..
"We have to discuss silently because there are many people searching for you ryte now..you nak makan??"

"Err tak..jap jap jap..apa maksud awak ramai orang cari saya??" gua jadi gelabah...

bersambung..

notakecil : kalau nak tonton episod sebelum ni..sila klik sini

3 ulasan: