14 November 2009

Aku Anak Seni Part 3

Eh awek ni..nak buat saspen pulak..lu ingat ni drama malam ahad ke? Cerita la cepat..

"Err..apa yang ada pada saya? Yang saya tau saya ada hutang dengan tokey rumah sewa saya je..tak pernah pulak saya berkecimpung dengan geng-geng A.L.O.N.G..ALONG!" kata gua sambil menyanyikan lagu Along dengan penuh semangat. Cerita peberet gua tu masa kecik-kecik dulu.

"Ok lah..masa atuk U meninggal..dia ada meninggalkan wasiat..ryte? So I know about the will..and I'm willing to give U RM2 juta untuk wasiat tu.." offer beliau kat gua..

Gua buat rilek sambil hirup kopi sikit.

"RM2 juta!!! What the motherfletcher!!" gua terkejut sikit.

"Eyyy!! Jgn ckp kuat-kuat..nanti orang dengar.."

"Kau nak bagi aku RM2 juta semata-mata buku muzik tu?? Nak buat apa?? Aku rasa buku tu pun kalau beli kat kedai buku MPH pun baru singgit.." gua offer nak jual singgit..bodoh kan gua?? Gua terus guna kata ganti nama ke-4 dengan awek tu.

"Ow..jadi U tak tau apa-apa la pasal buku tu??" sambung awek tu..

"Tak.." gua jawab. Sambil tu gua baru teringat..atuk gua pernah cakap..jangan bagi sesiapa buku tu..tapi dia dah offer RM2 juta beb..apa gua nak buat ni??

"Err..Encik Jack..I think we have to go now.." tiba-tiba awek tu jadi gelabah tak tentu pasal..

"Kenapa??"

Awek tu muncungkan mulut dia dekat eskeletor luar Mekdi. Gua toleh. Gua tak paham. Gua tengok ada 3 4 jantan pakai jaket kulit dengan spek mata hitam. Biasanya kalau drama macam ni mamat mamat pakai macam tu mesti kaki pukul tahap bodoh punya. Tapi gua tengok masing-masing macam ada skil Kavadi. Langkah besar semacam. Gua toleh kat awek tu balik. Dia dah blah. Aik?? Macam mistik je. Dekat tisu tandas gua dia ada tinggalkan note.

'U kena gerak sekarang dan ikut jalan ke Monorail..jangan pandang kiri atau pun kanan. Tutup kepala U dengan 'hood' sweater. Di stesen Monorail tu nanti U pandai-pandai bawak diri. Kalau ada orang tegur jangan layan. I akan 'contact' U lagi nanti.'

Gua terus gerak. Tiba-tiba gua jadi gelabah tak tentu pasal juga. Serupa Bangla tak ada passport kegemilangan. Gua terus gerak ke Monorail. Kat Monorail gua dah tak tau nak buat apa. Gua terus buat cadangan paling bagus. Balik..

Gua rasa penat. Kasut Paul Smith bundle gua ni harap je bagi kelajuan. Cushioning entah lari ke mana. Tak selesa dah. Ni yang buat gua rasa nak repair kat Courts Mammoth ni. Tambah absorber sikit. Gua dengar pomen diorang bagus-bagus. Terer repair cushion kerusi. Kerusi pun boleh tak kan kasut tak boleh. Gua leraikan ikatan tali kasut. Tiba-tiba gua perasan satu benda...kepala tali kasut gua dah tercabut. 'Alahai..kembang juga tali ni nanti..' bisikan gurauan gua dalam hati. Gua ketawa kecil macam budak kecik. Seronok juga.

Gua ambil kunci rumah dari poket kanan. Gua bukak mangga kunci dengan anak kunci. Gua twist ke kanan dengan kuat. Praakkk!! Patah.

"Aarrgghh!! F**K!! S**T!!" gua mengamuk..

Gua dah lah penat. Boleh juga gua tendang-tendang pintu rumah tu lagi. Energetic juga gua. Tiba-tiba, dalam gegaran rumah tu. Ada surat jatuh atas kepala gua. Gua terkejut. Gua ambik surat tu. Gua tengok pengirim. Tak ada setem, tak ada nama, tak ada p/s p/s. Sah! Surat layang. Gua syak surat tawaran masuk Akademi Fantasia. Tapi gua tak pernah apply pun. Gua bukak. Gua tengok dalam. Gua terkejut lagi. Ada duit!! Gua bawak keluar. Gua buat kira-kira. Ada RM2 ribu!! Pergh..gua terus tak jadi nak sumpah-sumpah pintu rumah. Dalam sampul tu ada note.

'Untuk sewa rumah dan duit belanja.. -Bukan Mak Kau-'

Gua jadi suka..gua pergi belakang ambil besi..gua nak try kopak ensel mangga. Jadi sekarang gua dah ada duit nak bayar sewa rumah dengan beli ayam golek kat pasar malam. Gua jadi seronok sampai lupa pasal siapa yang hantar duit tu dengan hal buku tu. Eeh?? Buku tu??

3 ulasan: