19 Oktober 2009

Aku Anak Seni Part 1

Petang ni sunyi sangat. Satu bunyik pun tak ada. Nak buat anggapan bahawa gua tak korek telinga amat tipu sekali. Hampir tiap-tiap hari gua korek telinga. Apa jadah tak ada budak lari-lari depan rumah gua ni? Mana burung-burung yang berkicauan? Pelik. Sungguh pelik.

Gua tengah belek-belek buku yang ditinggalkan oleh arwah Atuk gua. Amanat atuk gua kepada gua..

"Jack, lu jaga buku ni elok-elok. Atuk nak pergi dah. Nak pergi mana lu tak payah risau. Nanti lu tau gak. Buku ni jangan bagi jatuh kat tangan orang yang tak patut. Lu jaga je elok-elok. NI AMANAT!"

Gua pun jadi pak turut. Tak ikut kang atuk gua kacau gua masa tidur pulak nanti. Gua dah lah penakut. Kalau dia dah tindih gua, gua nak baca ayat apa? al-Quran pun dah la jarang-jarang bukak.

Buku tu suka buat gua berbulu. Kalau gua bukak, satu benda pun gua tak paham. Tulisan semua bentuk macam taugeh! Gua mana reti baca bahasa muzik. Sampai sekarang gua pegang buku ni. Gua tau ada hikmah di sebalik amanat atuk gua ni..

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan