25 Januari 2014

Samun

Tadi ada satu kapel tanya aku.

"Brader. Ada nampak motor plate WSY 699 lalu sini tak?"

Dengan riak wajah brader tu aku dah boleh teka. Mesti kes kena samun. Aku bertambah pasti bila brader tu asyik mengucapkan babi berbanding istighfar.

Power juga penyamun tu. Bukan calang-calang taktik rompakan dia. Memang dalam dua malam juga plan nak samun cara tu. Cara rampas kunci motor ni memang bijak sebenarnya. Biar mangsa tak dapat nak kejar. Power power. Organized crime. Banyak tengok Italian Job ni.

Aku pulak jadi takut tadi. Biasa tu tengok dekat video-video saja. Ni dah jadi dekat area rumah aku ni. Rukun tetangga ni entah buat apa. Letak papan tanda je cantik. Rondaan tak ada langsung yang dibuat. Koman pun letak la sekuriti.

Aku dial 999 tadi. Tu je aku mampu tolong. Kalau nak tolong kejar pun aku baru habis main futsal tadi. Tak laju sangat dah la.

Bahaya dunia sekarang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan