25 Januari 2014

Pipah, Aku dan Yamaha Raider S.

Sesampai aku di perkarangan taman wedding Pipah, aku tercari-cari tempat duduk. Ramai betul orang datang ke garden wedding macam ni. Boleh kaya Taman Botani Putrajaya untuk hari tu kalau dibuat parking berbayar. Tapi aku yakin ramai akan protes sebab yang berkunjung hanya untuk menyaksikan majlis persandingan Pipah.

Aku ternampak Mus sama rakan-rakan sedarjah. Aku melabuhkan punggung aku di meja yang sama sambil tercari-cari kaunter makanan. Berdasarkan pinggan yang hanya tinggal sisa-sisa tulang ayam di depan Mus, aku berteori yang Mus baru sahaja habis makan. Aku bertambah yakin bila aku tengok tiada seekor lalat pun yang sempat singgah ke sisa-sisa itu. Lekas aku ke kaunter makanan sebab perut sudah berirama post-keroncong.

Sambil makan aku perhati Pipah dari jauh. Terkenang sejarah aku dengan Pipah dulu. Tapi sedikit pun aku tidak rasa menyesal. Malah aku rasa gembira untuk dia sebab bertemu dengan jejaka yang dia idamkan. Seorang lelaki yang gentleman dan segak. Beruniform sebagai kerjaya. Matang dan berjaya. Mana perempuan yang tak kan tergoda dengan sifat lelaki seperti itu. Aku sambung meratah dory fish masak lemon.

Aku masih perhatikan Pipah. Aku berharap agar dia sedar akan kehadiran aku. Supaya tidak lah rasa terkilan dan menuduh aku tidak hadir ke majlis nya. Sewaktu dia masih menjamu selera di high-table, dia tertoleh ke arah aku. Aku nampak dia tersenyum. Aku pasti senyuman itu dilontarkan kepada aku. Aku membalas dengan senyuman yang nipis. Lalu aku mengangkat gelas aku tertuju ke arah nya sambil mengangguk sedikit. Tanda isyarat kudos aku untuk dia. Dia pun membalas dengan sedikit anggukan dan senyuman nipis.

Sebaik sahaja habis makan, aku bangkit. Aku nak mengelak satu scene awkward jika terpaksa berhadapan dengan Pipah. Memang aku play safe. Aku terpaksa beredar.

Aku terus mengenakan jacket kulit kangaroo berlambangkan sayap helang di belakang yang aku sidaikan di kerusi sesampai tadi. Aku beredar tanpa toleh ke belakang. Aku ke arah kawasan parking untuk mendapatkan motor aku. Aku hidupkan enjin chopper Yamaha Raider S aku. Ekzos nya bising sedikit. Mungkin menarik perhatian pengunjung-pengunjung majlis itu. Aku pulaskan pendikit dan meninggalkan perkarangan Taman Botani.

Aku ride menuju ke sunset sambil mendoakan kebahagiaan Pipah. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan