Bunyi bising buah karom langgar dinding mejanya. Kelihatan sibuk Ami dengan Jack beradu sambil layan murtabak yang dibeli di bazaar Ramadhan Lemboh petang tadi. Ralit betul lalai tinggalkan tarawikh.
Di katil kelihatan Pok Wang sibuk bermain sms dengan gadis yang dia berkenalan di Friendster sewaktu outing Sabtu lepas. Tersengih-sengih seperti seorang angau. Lebih tampak angau bila diletakkan tangan di atas dahi. Tangkap cintan juga mamat indie rock ni. Mungkin gara-gara terlebih layan lagu-lagu Hujan.
Pok Wang bukan lah seorang yang mudah untuk jatuh cinta. Pernah sekali dia menjerit kuat-kuat di Bukit Chandan yang dia benci wanita. Itu disebabkan oleh seorang wanita yang pernah rijek dia untuk lelaki yang lebih kacak daripada dia sendiri. Alasan cliche cinta monyet.
"Bodoh la Amiii. Busuk kau tau! Kenal sangat ni kentut kau!" marah Jack.
Ami hanya tersengih-sengih nakal. Dengan wajah hitam berkilat itu membuatkan Jack lebih panas hati.
Sememangnya kentut Ami terlampau familiar. Sejenis kentut ambush secara senyap. Dalam tak sedar kau tiba-tiba terbau jamban. Celaka punya Ami.
Tah! Tah!
Bekhen Ami tepat terkena buah karom merah yang tersudut di tepi lalu masuk ke dalam lubang. Memang pejam mata sahaja untuk Ami selaku juara karom tanpa iktiraf peringkat dorm.
"Weh. Dah la. Penat la jari aku. Jom pergi tarawikh" ajak Ami.
"Pergi la ambil wuduk dulu. Kau dah kentut kan." Jack berseloroh.
Masing-masing pun bangkit untuk berwuduk. Pok Wang tidak diajak kerana tertidur akibat menunggu aweknya untuk membalas mesej. Dibiarkan sahaja Pok Wang dalam dorm itu. Kalau warden naik mau naik perhimpunan juga namanya nanti. Paling tidak pun punggung mesti berbirat.
Ami dan Jack bergesa ke surau. Kelihatan orang sedang bertakhyat akhir. Mereka masuk secara deras dan terus duduk bertakhyat.
"Assalamualaikum warahmatullah..."
Jack dan Ami turut menoleh kiri dan kanan sambil bersalam walaupun menjadi makmum masbuk.
"Jom-jom moreh. Tak sia-sia kita buat lapan rakaat ni. Pahala pun dapat makan pun dapat" kata Ami dengan konfiden. Bukan nya orang tak tau yang 2 rakaat pun dia tak buat.
Jack dan Ami bergegas ke tikar hamparan untuk moreh. Murtabak juadah moreh malam tu.
* * * * *
Tah! Tah!
Penentuan set ketiga. Pemenangnya akan dibelanja ayam percik oleh si kalah untuk juadah berbuka esok.
"Kau orang tak pergi prep ke?" soal Pok Wang yang terjaga daripada tidur.
"Penat la tarawikh" Ami beralasan.
Tah! Tah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan