Semester 5 ni menyebabkan aku berhipotesis bahawa semakin aku naik semester, semakin aku malas hapdet belog.
Ni aku tengah rajin.
Aku sekarang tengah sibuk berprojek peringkat akhir untuk semester ni. Kalau aku bagi tau lebih detail pun bukan ada orang faham pun aku buat apa. Cukup la sekadar nak bagi tau yang aku kena ambil sebarang jenis haiwan dan jadi kan bangunan daripada haiwan tu.
Ambik tikus, pooff jadi bangunan. Ambik ikan, pooff jadi bangunan. Ambik semut, pooff jadi bangunan. Ambik Rosmoh, pooff jadi bangunan bertatah kan berlian. Ambik kereta, pooff jadi Proton Saga.
Susah senang buat benda ni, tuhan dan budak-budak yang terlibat sahaja yang tahu. Ahli politik dan semua yang sibuk bercanggah politik ni semua tak tahu. Afdlin Shauki sama Azhar Sulaiman mungkin tahu sebab diorang ni pernah belajar jadi arkitek.
Sempena projek ni, aku memberi penghormatan kepada obor-obor dengan memilih mereka sebagai idea untuk mewujudkan bangunan aku. Segala ciri-ciri obor-obor telah aku extract dan sedut kan untuk menjana idea yang bergerak menepati had laju ni. Tapi bukan senang nak berjinak-jinak dengan obor-obor. Tak interesting dan tak banyak idea yang boleh dikeluarkan. Pom pang pom pang aku explain idea. Semua kena reject.
Aku pusing ikut cara lain. Dengan berkat usaha, doa dan tawakal, aku menghampiri kepada minat pensyarah untuk meluluskan cadangan idea aku. Walaupun nampak seperti berat untuk beliau nak luluskan, tapi mungkin sebab aku bernada tegas untuk meneruskan idea dan nampak dengan keghairahan dan kesungguhan aku. Power tak power eye contact aku.
Dalam bekerja ni, memang kadang-kadang aku berkorban masa. Berkorban masa untuk jumpa Mama sewaktu hari ibu. Masa main futsal. Masa bonding dengan batch. Masa melepaskan rindu sama Danial. Masa Danial nak jumpa uncle kegemaran dia. Tapi semua masa tu aku harap boleh recover lepas aku habis semua ujian ni. Aku harap la.
Kebiasaannya masa susah nak dapat balik. Bila dah habis semua ni nanti pun aku tak rasa yang aku dapat menjadi jurulatih yang setia melatih anak-anak buah aku bermain bola sepak. Mungkin waktu tu dah terlambat. Bukan lah aku bermaksud untuk mengabaikan masa macam tu saja. Aku ada juga penyesalannya dalam apabila tak meluangkan masa dengan sebetulnya. Teringin juga aku bergambar bersama-sama Mama sewaktu hari ibu lepas tu menunjuk dekat Instagram. Dengki woi tengok orang lain.
Aku kena belajar planning masa sebenarnya. Kalau aku pandai, banyak je masa Danial nak belajar scissor kick top corner gol. Kalau aku rajin buat kerja, banyak je masa nak buat semua tu.
Aku bukan workaholic. Tak rasa obses langsung dengan kerja. Aku cuma tak reti main dengan masa.
tu la pasal.. ko bukan tak reti main dgn masa jack.. kalau main, ko mmg reti terer.. ko cuma tak pandai atur masa.. haha (jap, silap tulis, potong perkataan 'ko' dan ganti kpd 'Kita'...)
BalasPadam